SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Thursday, November 18, 2010

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PUISI TRADISIONAL-SELOKA SI LUNCAI

.SELOKA SI LUNCAI

Md. Ali Bachik (ILADAM) ( Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan,biarkan ..!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Secara keseluruhannya Seloka Si Luncai mengajak pembaca berfikir tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat kini. Secara halus masyarakat dikritik melalui watak Si Luncai.

TINDAKAN YANG TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA KERUGIAN KEPADA DIRI DAN MASYARAKAT SERTA NEGARA

Si Luncai digambarkan sebagai ;

1. Bijak menggunakan akal apabila bertindak

TETAPI

2. Bersikap sambalewa

3. Pemalas

4. Suka berfoya-foya

5. Tidak bertanggungjawab

Namun begitu, sifat masyarakat di sekeliling Si Luncai juga dikritik secara halus iaitu;

1. Individualistik

2. Hilang sifat kejiranan

3. Hanya menurut kata tanpa berfikir panjang

4. Hanya pandai mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri

Tema;

Kewarasan akal dalam tindakan

Persoalan;

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dalam setiap tindakan yang dilakukan.

2. Sikap individualistik dalam masyarakat

3. Sikap tidak mahu ambil peduli tentang hal orang lain.

4. Sikap bodoh sombong masyarakat yang tidak boleh ditegur

5. Amalan sambil lewa yang berakar umbi dalam masyarakat

6. Perasaan sensitif/peka yang kian hilang dalam masyarakat

7. Semangat kejiranan yang semakin pupus dalam tradisi masyarakat

8. Sifat negatif masyarakat yang suka melihat kelemahan orang lain

9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan kesan yang akan diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan

Nilai

1. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu tindakan

2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara

3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri.

4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk mengatasi masalah

6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan dengan penuh bijaksana


Latar Masyarakat

1. Masyarakat individualistik

2. Masyarakat yang suka berfoya-foya

3. Masyarakat bodoh sombong

MAKSUD SELOKA

i. SIKAP SI LUNCAI YANG SAMBALEWA /ACUH TAK

ACUH

ii. TIDAK MEMPEDULI KEHARMONIAN

KELUARGANYA

iii. TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK-

ANAK

iv. MALAS BEKERJA WALAUPUN ADA TERNAKAN

DAN KEBUN UNTUK DIUSAHAKAN

v. MALAS MENGGUNAKAN KECERDIKAN UNTUK

MEMAJUKAN DIRI

vi. MALAS BELAJAR/MENAMBAH ILMU

vii. MALAS BERUSAHA WALAUPUN ADA KEKUATAN

FIZIKAL

viii. MALAS MENGUNAKAN KELEBIHAN

DIRI/KEKUATAN DIRI

ix. SIKAP MASYARAKAT YANG LEBIH GEMAR

MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN

DARIPADA MEMBERI TEGURAN MEMBINA.

SOALAN PEMAHAMAN

i. Nyatakan sifat-sifat Si Luncai berdasarkan seloka di atas.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh semasa menuntut ilmu?

iii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang menimpa jika kita sering bersikap sambalewa berbuat sesuatu?

iv. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu menegur perilaku yang tidak baik dalam masyarakat?

v. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.

vi. Huraikan tiga iktibar yang diperoleh dari seloka di atas.

3 comments:

  1. IZINKAN SAYA COPY SEGALA NOTA DALAM BLOG TUAN BAGI TUJUAN P&P DI SEKOLAH

    ReplyDelete
  2. Can I copy this notes for my school presentation...please

    ReplyDelete
  3. javascript:;Izinkan saya menggunakan ilmu ini ye untuk menolong rakan-rakan saya dan juga sebagai kerja sekolah yang diberikan guru saya

    ReplyDelete