SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Monday, November 15, 2010

NOVEL TINGKATAN 5



KABUS DI PERBUKITAN

Novel ini mengisahkan kecekalan Faridah mengharungi hidup sejak kecil setelah berlaku perpisahan antara ibu dan ayah.

Perpisahan ibu dan ayah memaksa Faridah berpisah dengan kembarnya Rahayu . Namun akhirnya bertemu semula pada hari kematian Rahayu.

Kesedihan hidupnya berterusan setelah kematian ibunya dan suami (Ghazali) yang membawa penghijrahannya ke New Zealand.

Di bumi New Zealand, Faridah berkahwin dengan lelaki Inggeris dan menetap selama 25 tahun tanpa pulang ke Malaysia.

Perkahwinan selama 25 tahun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata kembar tidak pernah melunturkan jati dirinya sebagai seorang Muslim dan bangsa Melayu. Malahan, Faridah berjaya membentuk peribadi suaminya seorang penganut Islam selepas berkahwin dengannya, menjadi seorang Muslim yang taat akan perintah agama.

Budaya hidup Barat yang mewarnai kehidupan kedua-dua anaknya berjaya dirungkai dengan perkahwinan anak-anaknya.

Melina berkahwin Benny seorang Muslim dari Dubai yang menetap di Terengganu mulai merasai keunikan budaya bangsa Melayu iaitu bangsa ibunya.

Anne berkahwin dengan Zain seorang pelajar di bidang pertanian berasal dari kampung Faridah sendiri iaitu Sungai Besar, Selangor.

Kedua-dua anaknya kembali pada dasar jati diri keluarga sebagai Muslim.

Ketekunan Faridah dan suami menjalankan perusahaan di bidang ternakan dan perkahwinan Anne dengan Zain akhirnya menautkan kembali Faridah dengan tanah tumpah darahnya. Dia kembali menetap di Malaysia malah mengembangkan empayar perniagaannya di Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment