SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Tuesday, November 9, 2010

MODUL 3-J 2010 - KERTAS 2 - PEMAHAMAN KOMSAS DAN NOVEL

A. CERPEN
B. PROSA KLASIK
C. SAJAK DAN PUISI TRADISIONAL
D. NOVEL


A.CERPEN

1. LAMBAIAN MALAR HIJAU

2. ANNYSS SOPHILLEA


1. LAMBAIAN MALAR HIJAU

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Keputusan Datuk Daneng 25 tahun dahulu telah mengubah dunia. Saya cukup bangga dengan kejayaan datuk,” ucap Jo sambil mengelap manik-manik peluh di dahinya yang sudah berkedut itu.

“Cikgu, tolong jangan “berdatuk” dengan saya, siapalah saya di depan cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,” ucap Daneng dengan penuh rasa hormat. Dia merenung wajah gurunya yang sudah diukir garis-garis usia. Suaranya juga agak lemah. Tetapi di sebalik lelaki tua itu, semangat Cikgu Jo masih kental dan kuat. Itulah yang dikagumi Daneng.

“Jasamu akan dikenang sepanjang zaman. Oh, Daneng! Usahamu tidak sia-sia. Datuk Daneng telah dapat menyelamatkan belantara ini. Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak di dunia pada tahun 2020 ini. Negara memiliki lebih daripada 20 juta hektar hutan. Rancanganmu telah dapat memulihara, memelihara, dan menambahkan kawasan hutan di negara kita,” ucap Cikgu Jo sambil merenung lelaki dewasa yang berusia hampir separuh abad itu.

“Engkau telah mendapat Hadiah Nobel, Daneng. Hati tua ini, dilanda ombak kegembiraan mengingati segala kejayaanmu itu. Bukankah kerajaan Brazil

juga menjemputmu ke sana untuk membantu memulihkan keadaan hutan Lembangan Amazon?”

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,

oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan

dalam antologi Anak laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Daneng dianugerahi Hadiah Nobel? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menyelamatkan hutan?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua perwatakan Daneng dalam petikan dan dua perwatakannya daripada

keseluruhan cerpen. [4 markah]


Skema

i. berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki hutan tropika terbanyak/terluas di dunia

2m

ii. - membanteras penerokaan hutan secara haram

- memperbanyak hutan simpan

- menanam semula balak/pokok

- mengenakan hukuman yang berat kepada pemabalak haram

- mengetatkan penyeliaan hutan/pemntauan hutan secara berterusan dan konsisten

- kempen sayangi hutan

- mengelakkan pembakaran hutan

- mengurangkan pembersihan hutan untuk pembangunan/pembangunan dijalankan secara sistematik

( mana-mana 3 )

iii. 2 perwatakan dalam petikan;

- merendah diri: tidak mahu cikgu Jo ”berdatuk” dengannya 1

- hormat orang lain: sangat menghormati gurunya walaupun dia sudah bergelar datuk 1

2 perwatakan dalam cerpen;

- cinta akan hutan: sanggup menyambung pelajarannya walaupun pada

permulaannya dia enggan kerana hanya dengan ilmu dia berjaya menyelamatkan

hutan. 1

- gigih: dia gigih menjalani kehidupan yang serba payah di hutan belantara sebagai

anak orang asli. 1



2. ANNYSS SOPHILLIA

Cerpen Annyss Sophillea

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tangannya yang bertaut-taut diramas-ramaskan, hingga memercik cahaya ungu. Dari udara yang kosong muncul sebilah pedang di dalam genggaman Strenn. Eyrique juga berbuat demikian Cuma pedang putihnya yang dihasilkan nampak lebih kemas buatannya.

Strenn menghayun senjata memulakan sayembara yang telah lama tertangguh. Eyrique sekadar menangkis. “Strenn,” katanya sambil melayan kehendak sepupunya. “Kau tahu akibatnya sekiranya aku kau bunuh?”

“Aku tidak peduli itu semua. Yang penting kau mesti kuhapuskan.” Balas Strenn. “Jadi sia-sialah tindakanmu selama ini.” Eyrique menekan. Jawapan Strenn hanyalah serangan yang bertubi-tubi ke arah anak saudara bapanya. Eyrique kian berundur sehingga dia terasak ke dinding bangsal. Pertahanannya semakin tipis walaupun aksinya tetap tenang.

Annyss mula dicakar cemas. Namun dia tahu pertarungan ini adalah perhitungan peribadi. Tetapi Akmal tidak dapat membiarkan sahabat yang baru dikenali begitu sahaja. Dicapai senjatanya sendiri dari saku seluarnya lantas dihalakan kepada Strenn.

“Akmal!Jangan!”

Banggg!!!

(Dipetik daripada Cerpen Annyss Sophillea

Oleh Nisa Harun

Dewan Bahasa dan Pustaka 2000)

(i) Siapakah Strenn dalam petikan di atas?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda apakah tindakan yang perlu diambil oleh Akmal untuk

mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah?

[ 3markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua

pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut.

[ 4 markah]

Jawapan

i) -Strenn merupakan sepupu Erique.

-Merupakan seteru Erique . [Mana-mana 2 isi ]

- Anak saudara bapa Erique

ii) -Berbincang dengan Strenn.

-Meminta bantuan pihak ketiga.

-Memujuk Strenn supaya menyerah kalah.

-Menasihati Strenn supaya tidak membunuh saudara sendiri. [ Mana-mana 3 isi]

iii) 2 pengajaran dalam petikan :

-Kita hendaklah berani menghadapi cabaran agar dapat membina keyakinan diri.

-Kita hendaklah membantu rakan yang sedang menghadapi masalah agar dapat meringankan beban.

2 pengajaran daripada keseluruhan cerpen :

-Kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga agar tidak wujud perasaan dengki dan iri hati dalam keluarga.

-Kita hendaklah berfikir sebelum bertindak agar tidak menyesal kemudian hari.



3.CERPEN: LAMBAIAN MALAR HIJAU


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

“Daneng, Tuan Pengetua sekolah menjemputmu pulang. Walaupun sudah lebih 6 bulan kau tinggalkan bangku sekolah, pengetua masih sanggup menerimamu. Biasiswamu juga akan disambung semula.” Suara Jo mematikan kesenyapan yang menguasai mereka.

Jo meninggalkan rumah Daneng setelah makan malam. Daneng menemaninya menuju ke rumah penghulu. Daneng tidak memberitahu keputusan yang membahagiakannya. Kehampaan mengisi benak Jo. Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang berkaliber pada masa hadapan?

Suria pagi bersinar megah membuka lembaran baru. Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi yang mula menghilang bagai malu akan kehadiran sang suria. Jo terasa begitu berat untuk meninggalkan kawasan lembah di sisi pergunungan yang mengasyikkan itu. Apatah lagi, misinya untuk meyakinkan Daneng gagal. Terasa mahu sahaja dia mengikat tubuh badan Daneng dan mengheretnya ke daerah satelit. Mengurungnya di asrama sekolah dan memaksanya belajar.

“Cikgu, cikgu!” terdengar suara nyaring Daneng antara bunyi enjin kereta yang baru dihidupkannya itu.

Kelihatan Daneng sedang menjinjing sebuah beg lusuh yang berwarna kelabu. Pandangan dua pasang mata dari dua dunia bertemu. Kehampaan yang menggari jiwa Jo lenyap.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,

antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i) Berikan maksud rangkai kata mematikan kesenyapan berdasarkan petikan.

[2 markah]

(ii) Sekiranya anda penjaga Daneng, apakah tindakan anda terhadap anak muda itu?

[4 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lagi daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]


Cacacadangan jawapan:

i) Maks i. maksud rangkai kata mematikan kesenyapan...

- me menamatkan/menghentikan/melenyapkan ketenangan/keheningan/kesunyian

ii) Seki ii. Sekiranya saya penjaga Daneng, tindakan yang akan saya lakukan...

- Memujuk Daneng agar kembali ke sekolah.

- Berjanji akan menampung/menanggung perbelanjaan Daneng.

- Berjanji akan menyediakan keperluan-keperluan lain.

- Menghantar Daneng ke asrama setiap minggu

- Menjemput Daneng pulang ke rumah semasa cuti sekolah

- Berjanji akan sentiasa melawat Daneng di asrama

iii) Satu persoalan berdasarkan petikan...

- persoalan kepentingan ilmu – Daneng sanggup kembali ke sekolah setelah dipujuk oleh Cikgu Jo

Dua persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen...

- Persoalan cinta akan alam sekitar – Daneng tidak sanggup meninggalkan kampung halaman tempat kelahirannya kerana sayang akan alam semula jadi.

- Persoalan kemusnahan hutan – pembalak-pembalak haram memusnahkan hutan sesuka hati demi mengaut keuntungan hasil pembalakan haram.

(4 markah)


B.PROSA TRADISIONAL

1. 1. PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

2. 2. CERITA BAYAN TIADA MENDENGAR KATA IBU BAPANYA

3. 3. PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG


1. PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka dilihat oleh Laksamana Hang Jebat berkata-kata itu ada alpanya. Maka Laksamana pun matanya tiada lepas mengerling hulu keris Hang Jebat juga; sungguhpun Laksamana berkata-kata itu, kaki tangannya sudah hadir menantikan Si Jebat cedera sedikit juga. Maka dengan takdir Allah Taala, maka Hang Jebat pun meleng matanya memandang kepada pintu istana itu melihat orang banyak mengintai dari kisi-kisi itu.

Maka Laksamana pun segera melompat maka disentakkannya keris pada pinggang Hang Jebat itu, dapat ke tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun terkejut, dilihatnya laksamana menyentak kerisnya itu. Maka Hang Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan Laksamana, katanya. “Hai Si Tuah, demi Allah, bunuhlah aku, kerana tiada berkeris!” Maka Laksamana pun undur sedikit, seraya katanya sambil tertawa, “Hai saudaraku, kerana keris ini kerisku, dianugerahkan oleh Betara Majapahit; sebab itulah maka aku ambil pula daripadamu!” Maka sahut Hang Jebat, “Hai Laksamana, manatah katamu hulubalang besar lagi berani ternama? Sekarang membunuh aku tiada bersenjata. Jika tiada mahu engkau membunuh aku tiada berkeris, pintalah aku keris yang lain supaya kita bertikam, supaya aku bangat mati dengan senjata, supaya masyhurlah namaku.”

Maka oleh Laksamana dihunus penduanya dilontarkannya pada Hang Jebat. Melihat Laksamana melontarkan keris penduanya itu, maka segera disambutnya lalu dihunusnya. Maka keris parung sari bertatah sampai ke hujung, loknya tujuh belas, terlalu baik rupanya dan kukuhnya dan tajamnya seperti getah. Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, baik-baiklah engkau menantikan tikam Si Jebat derhaka ini!” seraya diusirnya akan Laksamana lalu ditikamnya di dada Laksamana. Maka Laksamana pun tiada sempat menghunus kerisnya. Maka oleh Hang Jebat dipertubi-tubinya tikam akan Laksamana.

Dipetik daripada Antologi Anak laut,

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud meleng matanya memandang kepada pintu istana.

[ 2 markah ]

(ii) Nyatakan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada keris pendua Laksamana.

[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapa Hang Tuah membunuh Hang Jebat?

[ 4 markah]

Skema:

i. Maksud: menoleh ke arah jalan masuk/pintu besar ( 2 markah)

ii. Kelebihan keris:

- keris parung sari bertatah sampai ke hujung

- loknya tujuh belas

- terlalu baik rupanya

- kukuhnya

- tajamnya seperti getah.

(mana-mana 3)

iii. Sebab:

- Jebat menderhaka kepada raja

- Jebat penyebab huru-hara di Melaka

- Jebat membunuh ramai orang yang tidak berdosa

- Jebat melanggar adat istiadat Melayu

- supaya tidak diikuti oleh rakyat yang lain

- Tuah menjalankan titah Sultan/taat pemerintah

( mana-mana 4)



2.CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah budak itu masuk, maka titah raja, “Hai kanak-kanak, hendak dijualkan burungmu itu? Berapa harganya?”

Maka sembah budak itu, “Empat ribu dinar, tuanku.”

Maka titah raja seraya tersenyum, “Berapakah engkau katakan yang tiada layak? Bukan harganya demikian itu, unggas yang sekepal ini.”

Setelah didengar oleh raja demikian itu, maka dibelilah oleh raja dengan harga empat ribu dinar. Setelah sudah, maka penyakit sopak raja itu pun diubati oleh bayan itu. Maka penyakit itu pun sembuhlah dengan kurnia Allah Subhanahuwataala, pulanglah seperti dahulu kala dengan sempurnanya. Maka raja pun terlalu amat sukacita melihat penyakitnya sembuh itu.

Hatta, beberapa lamanya maka bayan itu pun berdatang sembah, “Ya tuanku, jikalau ada ampun kurnia duli syah alam akan patik, mohonlah dilepaskan patik, kerana patik hendak melihat anak bini patik, kerana lamanya sudah bercerai.”

Maka titah raja, “Baiklah, hai bayan budiman!” Lalu dilepaskan baginda akan bayan itu. Maka ia pun terbanglah kembali kepada anak bininya.

Demikianlah hikayat anak bayan yang tiada menurut kata ibu bapanya, dapat juga kesusahan.

Dipetik daripada prosa tradisional

Cerita Bayan tiada menurut kata ibu bapanya,

antologi Anak laut, DBP

(i) Apakah maksud rangkai kata berdatang sembah ? [2 markah]

(ii) Apakah tujuan bayan berjumpa dengan raja?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah raja sanggup melepaskan bayan? Berikan alasan anda. [3 markah]


SKEMA JAWAPAN

(i) Maksud rangkai kata berdatang sembah:

· Menghadap / berjumpa [2m]

(ii) Tujuan bayan datang berjumpa raja:

· Meminta belas kasihan raja [1m]

· Bayan meminta raja melepaskannya [1m]

· Bayan ingin berjumpa dengan isteri dan anak-anaknya [1m]

· Bayan sudah lama terpisah daripada keluarganya [1m]

[mana-mana tiga]

(iii) Raja sanggup melepaskan bayan kerana:

· Bayan sudah banyak berjasa [1m]

· Bayan telah berjaya mengubati penyakit sopak raja [1m]

· Raja simpati / belas kasihan terhadap bayan [1m]


3.Peminangan Puteri Gunung Ledang

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat, katanya,”orang mana kamu ini, dan hendak ke mna kamu?”

Maka kata Tun Mamat ”Kami ini orang Melaka,nama kami Tun Mamat,dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini : tiada boleh naik ; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa?Dan apa nama tuan hamba?”

Maka sahut perempuan itu.”Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.”

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat,”Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang

Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata ” ada kadar sesaat

[ 2 markah ]

(ii) Apakah yang ditemui oleh Tun Mamat semasa dia berada di taman tersebut?

[3 markah]

(iii) Andaikan anda Tun Mamat, nyatakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda dan rombongan berjaya mendaki gunung.

[3 markah]

Skema Jawapan

(i) Maksud rangkai kata “ Ada kadar sesaat

- dengan sekelip mata / sangat/amat cepat / sepantas kilat

[ 2 markah ]

(ii) Tun Mamat menemui

- Perhiasan taman

- Sebuah balai (semua perkakasnya tulang, atapnya rambut)

- Perempuan tua yang baik paras rupanya.

- Empat orang perempuan muda

[ 3 markah ]

( pilih mana-mana 3 )

(iii) Persediaan yang dilakukan untuk mendaki gunung

- Banyakkan latihan fizikal

- Menjaga kesihatan tubuh badan

- Mempersiapkan kekuatan mental

- Menyediakan peralatan yang lengkap

- Memilih ahli pasukan yang berkemampuan mendaki

[ 3 markah ]

( pilih mana-mana 3 )


C. SAJAK DAN PUISI TRADISIONAL


1. DI RUANG GEMANYA

2. DUHAI PENTAFSIR

3. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

4. PANTUN ENAM KERAT


1. DI RUANG GEMANYA

Soalan 2(d)

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiaku

pada setia pilu dan rindu

melayang dan mengembang

ke hayat gemilang. Sejak itu

tidak kukesal lagi

goda dan duga

di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku,

pada setiap kerikil dan debu

datang dan menghilang

ke hujung kenang. Sesudah itu

tidak kukenal lagi

hampa dan derita

di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi

adalah titipan maya

bakal kukongsi hati

mengukir tadbir di ruang gemanya.

Dharmawijaya

Gurindam Alam, 1994.

MASA ENTERPRISE.

(i) Apakah maksud telah kupahatkan lelah umurku dalam puisi di atas?

[ 2 markah ]

(iii) Berdasarkan sajak di atas, apakah yang patut anda lakukan dalam mengisi

kemerdekaan negara?

[ 3 markah ]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas

SKEMA

i. Maksudnya ialah saya/penyajak/ pengarang sudah mengambil masa yang lama dan menyumbangkan usaha dengan bersungguh-sungguh

( 2 markah )

ii. Perkara yang patut dilakukan:

- belajar bersungguh-sungguh agar menjadi warganegara yang berilmu

- bekerja bersungguh-sungguh untuk memajukan diri sendiri dan negara

- mengamalkan sikap saling menghormati untuk mengekalkan perpaduan kaum.

- mengamalkan prinsip Rukun Negara/menghayati lagu Negaraku/menghormati bendera kebangsaan

- mengelakkan/tidak melakukan perbuatan jenayah

- sanggup berkorban demi mempertahankan negara

( mana-mana 3 )

iii. Dua persoalan:

- Persoalan pengorbanan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan

- Persoalan kepentingan kemerdekaan bagi sesebuah negara

- Persoalan kesungguhan/semangat juang yang tinggi dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

( mana-mana 2)

2.DUHAI PENTAFSIR

2d. Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DUHAI PENTAFSIR

Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari

suaramu yang sarat

ke mana jatuhnya gema itu?

Di manakah tempat istirahat

setelah pengembaraan yang penat

Di manakah telah kaurakamkan

pertemuan matahari, rimba dan lautan?

Senja ini menemuiku

dengan lusuh catatanmu

angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku

sedang aku belum bertemu

surat yang kau tuliskan padaku.

Telah hilangkah ia

atau kau tidak pernah menulisnya

ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan

racun keresahan telah membunuh lenaku

sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu

kiranya terdampar dalam angin yang ragu

yang tidak mengenal arah tiupannya

angin tanpa sabar yang telah melunturkan

kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Pentafsir, musim telah terlalu tua

kaca jendela menjadi kelabu

dan aku telah terlalu lesu

untuk menari bersama bayang-bayangmu

senja pun semakin larut

lembar-lembar jadi semakin kuning

Apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini

di samping pusaramu yang sepi

Hentikan ejekanmu

biar kupecahkan kaca ini

melihat keluar. Lalu mengenal

rumpun-rumpun yang redup

adalah pengakuanmu, Tuhanku!

yang menjernihkan mataku

ZURINAH HASSAN

Antologi Kerusi,

Dewan Bahasa Dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata kaca jendela menjadi kelabu.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang ketika usia telah lanjut?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

JAWAPAN CADANGAN

(i) penglihatan/mata yang semakin kabur/tidak jelas

[2 markah]

(ii) Perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang ketika usia telah lanjut:

-mendalami bidang agama/melakukan ibadat/mendekatkan diri kepada Tuhan

-melakukan kerja-kerja amal/melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan

-melakukan aktiviti berfaedah seperti berkebun/membaca

-menghabiskan masa bersama-sama ahli keluarga

-melancong

-mengajar kanak-kanak mengaji.

[mana-mana 3 ]

(iii) Pengajaran

- Kita mestilah menginsafi kesalahan diri agar beroleh ketenangan.

- Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan agar

masalah yang dihadapi mampu ditangani.

- Kita mestilah bersabar apabila berdepan dengan masalah dan kesulitan agar dapat menghadapi masalah dengan lebih baik.

- Kita mestilah beramal dan berbuat baik sepanjang hayat supaya hidup kita diredai Tuhan

- Kita mestilah menuntut ilmu agama sejak usia muda lagi/kecil agar tidak menyesal di kemudian hari.

- Kita perlulah bertenang dan tidak mengikut perasaan hati agar tindakan yang rasional dapat diambil

[mana-mana 2 ]


3.JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Soalan 2 (d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan

jalan-jalan raya kotaku

lewat senja begini

tika gerimis menabur benih

menerima kehadiran warga kota

lemas dalam kesabaran

lelah meresahkan

dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak

kesombongan merajai setiap ruang

semakin padat dengan emosi

kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan

budi luhur warga kotaku

tidak lagi berlaku

yang hadir adalah keserakahan

memacu menghimpun kekuatan

menghakis sopan santun

seperti banjir kilat

melanda pinggir perjalanan

fitrah sang manusia

peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku

adalah gelanggang kebuasan

perlumbaan kebiadaban

para pesakit

kemanusiaan semakin mandul

pada penghujung musim.

Zam Ismail

Kasut Hitler, 1996.

Antologi Anak Laut

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemanusiaan semakin mandul.

[2 markah]

(ii) Jika anda salah seorang pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menghadapi keadaan tersebut?

[3 markah]

(iii) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

Jawapan

i. sifat murni / budi bahasa kian menghilang

ii. Tindakan;

- bersikap sabar / tenang

- mematuhi peraturan jalan raya

- bertolak ansur dengan pemandu-pemandu yang lain

- memberi laluan kepada pemandu yang ingin membelokkan kenderaan

- tidak memotong kenderaan di hadapan terutama di sebelah kiri jalan

(pilih mana-mana 3 isi)

iii. Persoalan;

- Persoalan sikap pengguna jalan raya yang sombong / angkuh

- Persoalan pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri

- Persoalan kebosanan / kemarahan pengguna jalan raya menghadapi kesesakan jalan raya

- Persoalan masalah kesesakan lalu lintas di kota

- Persoalan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan

(pilih mana-mana 3 isi)


4.PANTUN ENAM KERAT

Baca puisi tradisional di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri .

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,

Bisanya dapat membawa maut,

Jika tak maut merana juga;

Berhujan berpanas aku tak endah,

Keris lembing aku tak takut,

Kehendak hati ku turut juga.

Kuda liar berkeliling kota,

Kota terbuat dari kayu,

Tempat berkawal lasykar Feringgi;

Kami mendengar khabar berita,

Bunga kembang sudahlah layu,

Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,

Ambil galah sebatang lintabung,

Seludang dijadikan nyiru;

Setitik dijadikan laut,

Sekepal dijadikan gunung,

Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,

Memikul cangkul dengan bajak

Singgah minum di lepau nasi ;

Sudah sekah tempat bergantung,

Tempat patah tempat berpijak,

Ke mana hendak digapai lagi.

( Permatang Budi , 1991

Antologi Kerusi ,

Fajar Bakti Sdn . Bhd .

SET 1

(i) Berikan maksud baris sudah sekah tempat bergantung.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga maruah diri?

[4 markah]

(iii) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.

[3 markah]

Soalan set 2

i. Berikan maksud baris keris lembing aku tak takut.

[2 markah]

ii. Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk membaiki

kehidupan diri?

[4 markah]

iii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas.

[3 markah]

D. NOVEL

4b ) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat pada watak utama?

(8 markah)

Jawapan :

Novel Di Hadapan Pulau

-Aziz berani mencari makanan di kubu lama tinggalan tentera Jepun. Ketika Afidah kelaparan Aziz berusaha membantunya mencari makanan sehingga terserempak dengan Rosiah yang melakukan kecurangan dengan lelaki Jepun.

-Aziz berani menghadapi suasana perang walaupun usianya baru 13 tahun. Walaupun Aziz masih kanak-kanak dia telah bersama-sama Mak Ketong dan Tok Marzuki membina shelter.

-Aziz juga berani menghadapi suasana perang dengan mengambil upah membeli todi bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.

Putera Gunung Tahan

-Ratu Bongsu berani menolak tawaran Tuan William yang ingin membeli puncak Gunung Tahan iaitu menolak ganjaran wang sebanyak 5000 ringgit sebulan sepanjang hayat dan sebuah istana.

-Ratu Bongsu berani tinggal bersendirian di puncak Gunung Tahan. Dia menjadi ketua kaum bunian walaupun usianya masih muda.

- Dia berani berhadapan serangan kapal terbang tentera Inggeris yang ingin menyerang puncak Gunung Tahan.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan persoalan bagi setiap novel. [8 markah]

Dalam kedua-dua buah novel terdapat persoalan kasih sayang. Dalam novel Di hadapan Pulau, Tok Marzuki sanggup menjaga Afidah setelah kedua-dua oranng ibu bapa Afidah bercerai. Manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Perempuan tua, ibu kepada Ratu Bongsu telah menghantar anaknya belajar ilmu pertahanan diri ketika usianya 10 tahun.

Selain itu terdapat persoalan simpati dalam kedua-dua buah novel ini. Dalam novel Di hadapan Pulau, Aziz amat bersimpati dengan nasib Afidah yang kehilangan tempat bergantung selepas kematian Tok Marzuki. Manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu bersimpati dengan nasib yang Mem William yang cedera semasa serangan kapal terbang British. Baginda merawat Mem William sehingga sembuh.

Terdapat juga persoalan kegigihan dalam kedua-dua buah novel ini. Dalam novel Di hadapan Pulau, Aziz gigih mencari rezeki. Buktinya Aziz bersama-sama Afidah gigih mencari makanan di kubu lama. Aziz dan Syed Fikri juga gigih bercucuk-tanam untuk menyara hidup. Manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Tuan William dan Tuan Robert gigih mendaki Gunung Tahan yang akan dijadikan tempat peranginan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.

Catatan: Pilih mana-mana satu persoalan bagi setiap novel

Isi : 6 markah

Bahasa: 2 markah

4(a) Berdasarkan novel yang anda kaji ,huraikan halangan-halangan yang telah dihadapi oleh watak utama.

(7 markah)

Skema Jawapan

Novel Di Hadapan Pulau

Aziz

1. Halangan memenuhi sesuatu impian.

Aziz teringin pergi ke Pulau Jakun tetapi Tuk Marzuki tidak mampu memenuhi janji membawa Aziz ke Pulau Jakun kerana peperangan telah berlaku

2. Halangan mencari makanan.

Aziz sukar mendapat makanan ketika waktu perang.

3. Halangan untuk menyelesaikan masalah.

Aziz tidak berupaya menyelesaikan masalah rumah tangga Mak Cik Joyah kerana dia masih kecil

Novel Putera Gunung Tahan

Ratu Bongsu

1. Halangan kehilangan orang yang disayangi.

Ratu Bongsu telah kehilangan ayahnya sejak dia berada dalam kandungan kerana bapanya terkorban ketika bertempur dengan penjajah dalam usaha mempertahankan Tanah Melayu.

2. Halangan berpisah dengan keluarga.

Ratu Bongsu terpaksa berpisah dengan ibunya ketika berusia 10 tahun kerana menuntut ilmu di puncak Gunung Tahan.

3. Halangan dalam persahabatan.

Ratu Bongsu telah menerima tetamu yang dianggap sebagai sahabat tetapi tidak jujur dan banyak muslihat yang telah menyebabkan puncak Gunung Tahan dibom.

Soalan 4 (a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan.

Novel yang saya pilih ialah Di Hadapan Pulau.

Peristiwa Raihan dan Dorani bekerjasama dengan penduduk kampung untuk membina shelter.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlu bekerjasama antara satu sama lain ketika berada dalam kesusahan.

Peristiwa Kapten Hebat makan seekor monyet bernama Mokmeng.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana peperangan menyebabkan kekurangan bekalan makanan

Peristiwa Budin memukul isterinya Joyah ketika sedang mabuk.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana sebagai seorang suami, Budin sepatutnya memberikan kasih sayang dan perlindungan kepada isterinya.

Novel yang saya pilih ialah Putera Gunung Tahan.

Peristiwa Orang Sakai membantu Perempuan Tua yang hendak melahirkan anak di dalam hutan.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlu membantu orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa, dan agama.

Peristiwa Putera Gunung Tahan mengarahkan pengikutnya yang terdiri orang bunian supaya menyembunyikan diri sebelum diserang oleh kapal terbang Inggeris.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana seorang pemimpin perlu bertanggungjawab melindungi rakyat.

Peristiwa Perempuan Tua enggan menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert walaupun ditawarkan harga yang lumayan.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlu menjaga warisan bangsa supaya tidak terlepas ke tangan orang lain atau musuh.

[ 7 markah

Soalan 4(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari jelaskan nilai kerjasama yang diamalkan oleh masyarakat.

Novel Di Hadapan Pulau.

1. Kerjasama untuk mencari makanan.

Aziz dan Afidah bekerjasama mencari makanan hingga ke kubu lama.

2. Kerjasama menyediakan tempat berlindung.

Masyarakat kampung membina Shelter untuk berlindung daripada serangan tentera Jepun.

3. Kerjasama untuk menghasilkan sumber makanan.

Aziz bekerjasama dengan Syed Fikri bercucuk tanam untuk keperluan harian.

Novel Putera Gunung Tahan

1. Kerjasama untuk menewaskan musuh

Putera Gunung Tahan bekerjasama dengan Kusina untuk memerangkap Tuan William di dalam bilik khazanah.

2. Kerjasama untuk menjaga orang tawanan.

Orang sakai bekerjasama menjaga Tuan Robert yang menjadi tawanan mereka.

3. Kerjasama untuk menjayakan misi kerajaan Inggeris.

Tuan Robert dan Tuan William bekerjasama mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat peranginan oleh kerajaan Inggeris.

[ 7 markah


Soalan 4(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam setiap novel tersebut.

Persamaan dalam novel :

Penyayang

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menyayangi Afidah sebagai seorang sahabat.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu menyayangi Mem William dan akhirnya mereka berkahwin

Bertanggungjawab

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz bertanggungjawab menjaga keselamatan sahabatnya Afidah.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyatnya dengan cara mengarahkan rakyatnya bersembunyi ketika dua buah kapal terbang menyerang puncak Gunung Tahan.

Menghormati orang tua.

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz akan mencium tangan Syed Fikri setiap kali berjumpa dengannya.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu sentiasa mematuhi nasihat ibunya iaitu Perempuan Tua.

Perbezaan dalam novel.

Perbezaan usia

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz ialah seorang kanak-kanak berusia belasan tahun yang kurang matang, manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Putera Gunung Tahan berusia 30-an dan merupakan seorang pemimpin yang matang.

Perbezaan taraf

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz merupakan orang kebanyakan yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan, manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Putera Gunung Tahan berketurunan raja dan memerintah di puncak Gunung Tahan.


4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peranan seorang watak

sampingan bagi membantu watak utama dalam novel tersebut.

[7 markah]

Jawapan

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Watak sampingan - Afidah

i. Membantu Aziz mencari makanan di kubu lama.

Aziz mengajak Afidah mencari makanan di sebuah kubu lama yang dikatakan berhantu dan sangat berbahaya.

ii. Membantu Aziz membeli todi untuk mendapatkan upah. Afidah bersama-sama Aziz mengambil upah beratur membeli todi untuk penduduk kampung.

iii. Menenangkan Aziz sewaktu Aziz kesedihan mengenangkan ayahnya yang telah meninggal dunia. Afidah sentiasa bersama-sama Aziz dan memujuknya ketika Aziz kesedihan.

Watak sampingan – Syed Fikri

i. Mengajar Aziz tentang agama.

Syed Fikri mengajar Aziz mengaji al-Quran dan solat.

ii. Mengajar Aziz bercucuk tanam.

Syed Fikri mengajar Aziz menanam pokok ubi kayu.

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Watak sampingan - Kusina

i. Bertugas sebagai pengiring Ratu Bongsu.

Kusina sentiasa mengiringi Ratu Bongsu walaupun dia tidak dapat dilihat oleh manusia.

ii. Menjalankan perintah Ratu Bongsu sebagai penunjuk jalan kepada

Tuan William untuk ke puncak Gunung Tahan.Tuan William yang sesat di tepi air

terjun telah didatangi oleh Kusina yang berpakaian lengkap dan bersih. Kusina

menawarkan diri untuk membawa Tuan William menghadap Penghulu Junjungan

orang Bunyian iaitu Ratu Bongsu.

iii. Mematuhi arahan Ratu Bongsu untuk mengunci Tuan William di

dalam bilik khazanah – Kusina menunjukkan bilik khazanah Ratu Bongsu

kepada Tuan William yang ingin mengambil teropong terus. Setelah Tuan

William masuk ke dalam bilik itu, Kusina pun menutup pintu dan menguncinya

dari luar.

Watak sampingan - Perempuan Tua

i. Menghantar anak untuk mendapatkan ilmu dengan orang Bunyian.

Perempuan Tua memastikan anaknya Ratu Bongsu mampu menyesuaikan diri dalam kehidupan di hutan.

ii. Menasihati Ratu Bongsu agar berhati-hati terhadap Tuan William. Perempuan Tua menasihati Ratu Bongsu agar tidak mudah pecaya dengan kata-kata orang kulit putih iaitu Tuan William.


4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang

menyentuh perasaan anda sebagai pembaca dalam novel tersebut.

[8 markah

Skema jawapan

Novel Di Hadapan Pulau

1. Peristiwa kematian Tok Marzuki dalam serangan bom ke atas shelter tempat

penduduk berlindung. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa

sedih kerana mengenangkan nasib cucunya Afidah yang akan kehilangan tempat

bergantung. Afidah juga akan kehilangan tempat bergantung kasih dan orang yang akan

menjaga segala keperluan dan keselamatan dirinya.

2. Peristiwa Aziz termenung keseorangan di tepi pantai sambil mengenang janji ayahnya

yang ingin membawanya ke Pulau Jakun. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya dan

membuat saya berasa sedih kerana mengenangkan nasib yang menimpa Aziz yang baru

berusia 13 tahun.

3. Peristiwa Aziz dan Afidah mencari makanan di kubu lama walaupun kawasan tersebut

berbahaya. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa sedih

kerana walaupun Aziz dan Afidah masih kecil namun mereka terpaksa berdikari mencari

makanan untuk mengelakkan kebuluran.

4. Peristiwa Aziz mengambil upah membeli todi. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya

dan membuat saya berasa kesal kerana walaupun Aziz beragama Islam namun dia sanggup

melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

5. Peristiwa Rosiah melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Peristiwa ini

menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa marah kerana Rosiah sanggup

menggadai maruah demi sesuap nasi.

Novel Putera Gunung Tahan

1. Peristiwa Perempuan Tua melahirkan anak bersendirian di dalam hutan. Peristiwa ini

menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa sedih kerana tiada orang yang

menolongnya ketika dia dalam kesakitan.

2. Peristiwa Ratu Bongsu yang masih kecil dihantar ke Puncak Gunung Tahan untuk

belajar ilmu ghaib. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa

sedih kerana Ratu Bongsu yang masih kecil terpaksa berpisah dengan ibunya.

3. Peristiwa pahlawan-pahlawan Melayu berjuang mempertahankan tanah air. Peristiwa

ini menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa sedih kerana pahlawan seperti Tok

Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

daripada penjajahan Inggeris.

4. Peristiwa Tengku Aisyah mengandung anak luar nikah. Peristiwa ini menyentuh

perasaan saya dan membuat saya berasa kesal kerana Tengku Aisyah sebagai gadis yang

beragama Islam sanggup melakukan dosa.


5. Peristiwa kecurangan Mem William. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya dan membuat

saya berasa marah kerana Mem William yang telah bersuami sanggup menduakan suami.

6. Peristiwa Perempuan Tua yang enggan menjual kulit harimau putih. Peristiwa ini

menyentuh perasaan saya dan membuat saya berasa bangga dengan pendirian Perempuan

Tua yang sangat cinta akan negara.

4b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huaraikan persamaan nilai

bertanggungjawab dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

Cadangan Jawapan:

Nilai bertanggungjawab pemimpin terhadap rakyat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulau. Dalam Novel Putera Gunung Tahan contohnya, Ratu Bongsu bertanggungjawab apabila beliau memerintahkan rakyatnya mencari tempat persembunyian apabila kapal terbang British menyerang puncak Gunung Tahan. Dalam novel Di Hadapan Pulau pula nilai bertanggungjawab terdapat dalam diri Tuk Marzuki yang telah membantu Aziz dan Afidah meneruskan hidup.

Tanggungjawab terhadap keluarga.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Perempuan Tua masih mengambil berat tentang keselamatan Ratu Bongsu walaupun tidak tinggal bersama. Sementara itu, dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki bertanggungjawab menjaga Afidah setelah ibu bapanya berpisah.

Tanggungjawab dalam hubungan suami dan isteri.. Dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun suaminya seorang pemabuk dan pemalas. Dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dengan berusaha mengambil tahu tentang keadaan isterinya di London melalui alat yang dipinjam daripada Ratu Bongsu.


Soalan:

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, nyatakan perasaan anda

selepas membacanya. [7 markah]

Cadangan Jawaban:

Novel Di Hadapan Pulau.

1. Sedih Aziz yang masih terlalu muda terpaksa mengharungi hidup melarat dan kebuluran sebagai mangsa perang / Aziz juga yatim piatu yang terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya / Aziz selalu menangis apabila merindui ayahnya.

2. Benci Tentera Jepun yang kejam mendera orang-orang kampung yang tidak berdosa.

3. Simpati Mak Cik Joyah didera oleh suaminya Budin ketika dia mabuk / Afidah sentiasa bersedih selepas kematian datuknya Tok Marzuki.

4. Marah Syed Zuhri sanggup menjual batu akik palsu dengan harga yang mahal kerana mementingkan diri sendiri sedangkan orang lain sengsara. / Pencuri-pencuri mencuri hasil tanaman orang lain tanpa mahu berusaha sedangkan orang lain yang bersusah payah tidak dapat menikmati hasilnya.

5. Bersemangat Penjajahan kuasa asing seperti British dan Jepun menyebabkan rakyat negara kita sengsara menimbulkan semangat patriotik untuk mempertahankan negara agar tidak dijajah lagi.

Novel Putera Gunung Tahan.

1. Gembira Ratu Bongsu akan berkahwin dengan Mem William dan mereka mengimpikan seorang anak lelaki.

2. Benci Tuan Robert dan Tuan William suka menghina agama

dan adat bangsa lain seperti agama Islam dan adat masyarakat Sakai.

3. Simpati Perempuan Tua terpaksa bersalin seorang diri di kaki Gunung Tahan kerana ditinggalkan oleh rakan-rakan suaminya.

4. Marah Tuan William mengambil kesempatan atas kebaikan Ratu Bongsu dengan menyalahgunakan burung pesuruh jaya untuk menghantar utusan supaya kerajaan British menyerang puncak Gunung Tahan.

5. Bersemangat Cubaan Tuan William dan Tuan Robert untuk menguasai negeri orang ditentang oleh Ratu Bongsu boleh menimbulkan semangat patriotik untuk mempertahankan negara agar tidak dijajah lagi.

Soalan 1

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam setiap novel tersebut.

Persamaan dalam novel :

1. Penyayang

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menyayangi Afidah sebagai seorang sahabat.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu menyayangi Mem William dan akhirnya mereka berkahwin

2. Bertanggungjawab

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz bertanggungjawab menjaga keselamatan sahabatnya Afidah.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyatnya dengan cara mengarahkan rakyatnya bersembunyi ketika dua buah kapal terbang menyerang puncak Gunung Tahan.

3. Menghormati orang tua.

Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz akan mencium tangan Syed Fikri setiap kali berjumpa dengannya.

Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu sentiasa mematuhi nasihat ibunya iaitu Perempuan Tua.

Perbezaan dalam novel.

1. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz ialah seorang kanak-kanak berusia belasan tahun yang kurang matang, manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Putera Gunung Tahan berusia 30-an dan merupakan seorang pemimpin yang matang.

2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz merupakan orang kebanyakan yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan, manakala dalam novel Putera Gunung Tahan, Putera Gunung Tahan berketurunan raja dan memerintah di puncak Gunung Tahan.

Soalan 2.

Dalam sesebuah novel terdapat pelbagai peristiwa yang menarik.

Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan teladan.

Novel yang saya pilih ialah Di Hadapan Pulau.

1. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membina shelter.

Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain ketika berada dalam kesusahan.

2. Peristiwa Kapten Hebat makan seekor monyet bernama Mok Meng.

Kita perlu mengambil teladan akan kesan peperangan yang boleh menyebabkan kebuluran

3. Peristiwa Budin memukul isterinya Joyah ketika sedang mabuk.

Seorang suami perlu bertanggungjawab dan menyayangi isterinya.

Novel yang saya pilih ialah Putera Gunung Tahan.

1. Peristiwa Orang Sakai membantu Perempuan Tua yang hendak melahirkan anak di dalam hutan.

Kita perlu membantu orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa, dan agama.

2. Peristiwa Putera Gunung Tahan mengarahkan pengikutnya yang terdiri orang bunian supaya menyembunyikan diri sebelum diserang oleh kapal terbang Inggeris.

Pemimpin bertanggungjawab melindungi rakyat.

3. Peristiwa Perempuan Tua enggan menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert walaupun ditawarkan harga yang lumayan.

Kita perlu menjaga warisan bangsa supaya tidak terlepas ke tangan orang lain atau musuh.

Soalan 3

Dalam sesebuah novel, pengarang menerapkan pelbagai nilai yang diamalkan oleh masyarakat.

Berdasarkan satu novel yang anda pelajari jelaskan nilai kerjasama.

Novel Di Hadapan Pulau.

1. Kerjasama untuk mencari makanan.

Aziz dan Afidah bekerjasama mencari makanan hingga ke kubu lama.

2. Kerjasama menyediakan tempat berlindung.

Masyarakat kampung membina Shelter untuk berlindung daripada serangan tentera Jepun.

3. Kerjasama untuk menghasilkan sumber makanan.

Aziz bekerjasama dengan Syed Fikri bercucuk tanam untuk keperluan harian.

Novel Putera Gunung Tahan

1. Kerjasama untuk menewaskan musuh

Putera Gunung Tahan bekerjasama dengan Kusina untuk memerangkap Tuan William di dalam bilik khazanah.

2. Kerjasama untuk menjaga orang tawanan.

Orang sakai bekerjasama menjaga Tuan Robert yang menjadi tawanan mereka.

3. Kerjasama untuk menjayakan misi kerajaan Inggeris.

Tuan Robert dan Tuan William bekerjasama mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat peranginan oleh kerajaan Inggeris.







No comments:

Post a Comment