SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Wednesday, March 6, 2013

Teknik Membina Ayat


TEKNIK MEMBINA AYAT

Terdapat dua teknik untuk membina ayat iaitu :

1. Teknik pengembangan.
2. Teknik transformasi.

Teknik Pengembangan :

Gunakan soalan apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di mana untuk dikaitkan dengan perkataan yang diuji.

Contoh perkataan diuji : menembak.

1. Siapa - Polis menembak perompak
2. Mengapa - kerana cuba meragut beg tangan seorang wanita
3. Bagaimana - menggunakan sepucuk pistol
4. Bila - petang semalam
5. Di mana - Jalan Pingai.

Ayat lengkap:
Seorang detektif polis menembak seorang perompak yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Pingai pada petang semalam dengan menggunakan sepucuk pistol.

Perkataan diuji : Memukul.

Ayat lengkap :
Abang memukul adik dengan menggunakan sebatang rotan kerana adik ponteng sekolah semalam.

TEKNIK TUKAR BENTUK/ TRANSFORMASI.

Perkataan diuji : buru.

1. Bina satu ayat aktif transitif menggunakan kata ganti nama diri pertama.
Saya memburu seekor rusa.

2. Jadikan ayat pasif biasa.
Seekor rusa saya buru.

3. Jadikan ayat pasif songsang
Saya buru seekor rusa

4. Jadikan ayat perintah.
Jangan buru rusa di hutan kerana binatang tersebut dilindungi oleh undang-undang.

Larangan ketika membina ayat :
1. Jangan jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
2. Jangan jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
3. Jangan tambah atau hilangkan imbuhan.
4. Jangan lakukan kesilapan fakta sejarah yang serius.
(Contoh : Pak Maun ialah seorang negarawan Malaysia yang ulung).

Dibolehkan :
1. Membuat ayat menggunakan cakap ajuk. (Patuhi tanda petik)
2. Buat ayat dengan memberi maksud perkataan.

8 comments:

  1. Teknik pengembangan ayat menggunakan Teknik MAS BBD oleh Tn. Hj. Razali (Guru Inovatif). Kredit untuk beliau.

    ReplyDelete
  2. Kasar-kesat
    Nk bina ayat cmna?

    ReplyDelete
  3. Salam. saya gunakan nota dan teknik anda untuk mengajar anak murid saya. Minta halal dunia akhirat ya.

    ReplyDelete
  4. SALAM. SAYA GUNAKAN NOTA DAN TEKNIK CIKGU UNTUK MENGAJAR ANAK MURID SAYA . MINTA HALAL YA.. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  5. Cikgu, saya guna teknik yg cikgu share ni utk mengajar anak murid sy..mohon halalkan ye.terima kasih

    ReplyDelete
  6. Cg saya gunakan teknik cg untuk SPM . Doakan saya semoga berjaya untuk SPM 2023

    ReplyDelete