SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Wednesday, March 6, 2013

Mari Bina Ayat

Tatabahasa


BINA AYAT SPM (SOALAN 3A)

Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:
a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh:
1. Prasyarat [Siapa + buat apa + kenapa]
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus 
prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan 
propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka [Bila + siapa + buat apa]
ayat: Pada zaman 
pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa

ayat: Ayah menggunakan kamus 
dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan 
anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen 
antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan 
interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang
 insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk
integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas 
intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.

11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil 
inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.

12. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya 
senget sebelah.

13. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang 
sengit antara calon SPM.

No comments:

Post a Comment