SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Saturday, October 22, 2011

PROGRAM JAWAKHIR 2011 BAHASA MELAYU 2- SAJAK DI PERPUSTAKAAN

SAJAK DI PERPUSTAKAAN

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta

Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik

Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara

Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang

Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan

Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman

Di puncak sepi

Di sana sini Bersemadi di sini

Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga

Mata dan fikir bersebati Di dada samudera

Tak berpantai

Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya

Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.

Terapung di lautan ilmu

Tercurah berzaman

Dalam tak terselam

Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar

Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja

Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang akan kucatat

i) Nyatakan maksud rangkai kata bahtera ilmu di sini . (2 markah)

ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan

para pelajar pergi ke perpustakaan? (3 markah)

iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak “Di Perpustakaan”.

(2 markah)

JAWAPAN SET 1

i) - pusat/tempat terhimpunnya pengetahuan 2

Maksimum 2 markah

ii) - mengadakan aktiviti / pertandingan membaca /NILAM 1

- menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap dan selesa / kondusif 1

- melengkapkan perpustakaan dengan kemudahan mengakses maklumat

di internet 1

- menambahkan / melengkapkan pelbagai bahan bacaan / rujukan 1

- menjadualkan aktiviti ke perpustakaan secara terancang 1

Maksimum 3 markah

iii) - Kita mestilah gigih / rajin / tekun menuntut ilmu kerana ilmu penyuluh hidup 2

- Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana ilmu terhimpun di situ 2

- Kita mestilah berminat mendalami pelbagai bidang ilmu 2

Maksimum 4 markah

SET 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta

Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik

Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara

Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang

Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan

Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman

Di puncak sepi

Di sana sini Bersemadi di sini

Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga

Mata dan fikir bersebati Di dada samudera

Tak berpantai

Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya

Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.

Terapung di lautan ilmu

Tercurah berzaman

Dalam tak terselam

Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar

Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja

Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang akan kucatat

i) Betapapun kuteguk darinya

Dahaga tak pernah langsai.

Berikan maksud baris sajak di atas. (2 markah)

ii) Nyatakan tiga kepentingan perpustakaan kepada para pelajar di sekolah. (3 markah)

iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas. (4 markah)

JAWAPAN SET 2

i) - ilmu yang tidak akan habis dipelajari 2

ii) - tempat untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu persekolahan 1

- membuat rujukan (bahan bacaa / internet) 1

- meluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang 1

- membuat peminjaman bahan bacaan 1

- mengisi masa lapang / rehat dengan aktiviti berfaedah 1

Maksimum 3 markah

iii) – Persoalan khazanah ilmu yang rwedapat di perpustakaan, iaitu terdapat

pelbagai bahan bacaan / buku dalam pelbagai bidang ilmu. 2

- Persoalan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, iaitu tekun dan gigih

dalam mencari / menimba ilmu 2

- Persoalan ilmu yang terlalu luas, iaitu tidak pernah habis untuk dipelajari 2

Maksimum 4 markah

SET 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu Hanya setitik dari tinta

Satu pertukaran yang kontras Yang akan kupetik

Dari kehangatan merata Hanya sebiji dari mutiara

Kedinginan yang menerpa Engkau adalah pusaka moyang

Terlalu bening di sini Gedung peradaban insan

Gua pendeta bersemadi Tersimpan berzaman

Di puncak sepi

Di sana sini Bersemadi di sini

Kepala-kepala merunduk meneliti Aku adalah pelayar yang dahaga

Mata dan fikir bersebati Di dada samudera

Tak berpantai

Maju ke ruang buku Betapapun kuteguk darinya

Terlalu kerdil aku di sini Dahaga tak pernah langsai.

Terapung di lautan ilmu

Tercurah berzaman

Dalam tak terselam

Betapapun kulayari Shafie Abu Bakar

Bahtera ilmu di sini Antologi Harga Remaja

Tak terteroka Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang akan kucatat

i) Apakah khazanah yang tersimpan di perpustakaan? (2 markah)

ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kurang berminat untuk

mengunjungi perpustakaan awam? (3 markah)

iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. (3 markah)

JAWAPAN SET 3

i) - terhimpun peradaban manusia sejak dahulu 1

- terdapat pelbagai ilmu 1

ii) - pelajar lebih berminat mengunjungi perpustakaan di sekolah 1

- orang dewasa tiada masa / sibuk bekerja 1

- kurangnya kesedaran tentang kepentingan membaca dalam

kalangan masyarakat 1

- kemudahan yang tidak lengkap / suasana kurang kondusif 1

- prosedur / peraturan yang ditetapkan dianggap menyusahkan 1

Maksimum 3 markah

iii) - Nilai kegigihan menuntut ilmu 2

- Nilai kerajinan mengunjungi perpustakaan 2

- Nilai ketekunan menuntut ilmu 2

Maksimum 4 markah

No comments:

Post a Comment