SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Thursday, October 28, 2010

SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DAN UJIAN TINGAKATAN 4

TINGKATAN 4

1. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SOALAN 1: RUMUSAN
[ 30 MARKAH ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.
Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang.
Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.

(Diubah suai daripada rencana Pendatang,
oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,
Oktober 2004)

_____________________________________________
SOALAN 2: PEMAHAMAN
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata
melebarkan tumpuan.
(2 markah)
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke Malaysia untuk
bekerja?
(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan rakyat Malaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing?
(4 markah)

Soalan 2 (b) Drama
Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“ Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya,sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
“Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membantu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

(Cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi ,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009 )

i. Apakah luahan hati Adam semasa menikmati buah durian?
( 3 markah )

ii. Sekiranya anda Mikraj, apakah yang akan anda lakukan setelah melihat Israk menepis tangan Wah?
( 3 markah )

iii. Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan cerpen.
( 3 markah )

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Merah Silu pun bermohon pada Megat Iskandar, lalu dia pergilah membawa segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l -Nasar di Rimba Jerlun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.

(Merah Silu, dipetik daripada Hikayat Raja-raja Pasai
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 )

i. Berikan maksud rangkai kata kerana ia sedia raja berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
( 2 markah )

ii. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu ketika berada di Buluh Telang?
( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara lain yang lebih wajar dilakukan oleh Merah Silu untuk berbaik-baik dengan masyarakat tempatan selain menyabung ayam?
( 3 markah )

Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkaulah adalah pusaka nenek moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

( Shafie Abu Bakar,
Alam yang Hijau, 2007
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahsa dan Pustaka 2009)

i. Berikan maksud bait ketiga sajak di atas.
( 3 markah )

i. Pada pendapat anda, mengapakah perpustakaan masih tetap dikunjungi oleh orang ramai walaupun penggunaan internet semakin popular?
( 3 markah )

ii. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
( 3 markah )

SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. mahaguru
ii. maharaja
iii. mahakarya
iv. tatatertib
v. tatatingkat
vi. tataurusan
( 6 markah )

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti , kenal pasti kerja transitif aktif transitif dan objek yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

Setiap pelajar yang akan menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia wajib menjalani ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu. Para pelajar dikira gagal dalam subjek Bahasa Melayu walaupun telah melaksanakan peperiksaan bertulis bagi subjek ini sekiranya gagal menghadiri ujian lisan ini. Kesan yang lebih buruk ialah, pelajar-pelajar dikira gagal Sijil Pelajaran Malaysia walaupun mendapat keputusan cemerlang bagi subjek-subjek lain. Oleh itu setiap pelajar perlu memandang serius akan kepentingan ujian lisan ini . Mereka tidak perlu berdolak-dalih untuk mengelakkan diri kerana perkara ini melibatkan masa depan para pelajar sendiri. Malahan kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan menghancurkan harapan tinggi keluarga.
( 6 markah )

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan imbuhan dan tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-keslahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan bagi imbuhan dan tiga kesalahan bagi ejaan.

Alam sekitar semula jadi dan bio diversiti tidak dapat berpisah-pisah. . Tanpa alam sekitar kehidupan flora dan founa tidak akan sempurna malah mengalami ancaman kepupusan. Oleh itu sebagai insan yang perihatin akan keindahan dan kepentingannya kepada semua kehidupan di muka bumi ini, kita perlu ambil tindakan-tindakan yang proaktif. Salah satu tindakan yang bijak ialah melestari keadaan semula jadi bumi ini. Segala bentuk pencemaran perlu dikurangkan malah jika mampu dihapuskan agar bumi ini kekal segar dan hijau.
( 6 markah )

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

i. Rakyat-rakyat di negara kita perlu menghayati peraturan Rukun Negara untuk merealisasikan wawasan 1Malaysia.

ii. Bila diminta oleh ibunya untuk membeli lima biji sabun, tanpa berlengah-lengah lagi Marina terus ke kedai Pak Raju.

iii. Pokok buah-buahan yang Ah Wee tanam sedang berbuah dengan lebatnya kerana telah dipercikkan baja pada setiap bulan.

( 6 markah )

(e) Baca dan teliti makna peribahasa di bawah dan berikan peribahasa yang sesuai dengan makna peribahasa itu.

i. Bilangan yang sangat sedikit.
ii. Mengambil kesempatan atau keuntungan daripada kesusahan orang lain.
iii. Susah senang bersama-sama.
( 6 markah )

SOALAN 4: NOVEL
[ 15 MARKAH ]
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah sahaja.

(a) Berdasarkan novel yang dikaji, jelaskan
kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh watak-watak sampingan dan cara-cara watak utama membantu watak-watak sampingan tersebut menyelesaikan kesulitan-kesulitan mereka.
(7 markah )

(a) Berdasarkan novel yang dikaji, huraikan persoalan-persoalan dalam novel yang anda kaji.
( 8 markah )
____________Kertas soalan tamat______________

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.
Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak S1. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya S2. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis S3, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut S4 dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini S5. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan S6. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang S7.
Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi S8 berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras S9. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan S10 serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan S11.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini S12.

(Diubah suai daripada rencana Pendatang,
oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,
Oktober 2004)
_____________________________________________
PENGENALAN: ( 2 markah )
1. Petikan membincangkan implikasi negatif kemasukan buruh asing ke negara kita ( 2 m )
2. Petikan membicarakan akibat buruk kemasukan buruh asinng ke Malaysia ( 2 m )
3. Petikan membincangkan impak kemasukan buruh asing terhadap rakyat
dan negara ini. ( 2 m )
4. Petikan membincangkan kesan kemasukan buruh asing di Malaysia
(1 m )

ISI TERSURAT ( kesan )( 2 – 12 MARKAH )

ISI JAWAPAN MARKAH
S1 berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak 2
S2 kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya 2
S3 kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis
. 2
S4 kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan
untuk mengatasi masalah tersebut 2
S5 Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini 2
S6 kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan
kemudahan persekolahan 2
S7 Guru guru melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang 2
S8 Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi 2
S9 kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah
tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras.
. 2
S10 Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang
besar daripada kerajaan 2
S11 meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada
rakyat tempatan 2
S12 mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini S11. 2

ISI TERSIRAT ( LANGKAH-LANGKAH MENGATASI)
( 2- 12 MARKAH )

ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Menggunakan lebih banyak teknologi robotik dalam sektor perindustrian/pertanian

Menggantikan tenaga kerja manusia kepada tenaga kerja robotik berteknologi tinggi
T2 Mewajibkan setiap majikan mengaplikasikan sistem berkerja dari rumah bagi pekerja wanita 2M
T3 Menyekat /mengenakan undang-undang yang tegas dan ketat kepada rakyat Malaysia yang mahu bekerja di luar negara 2M
T4 Mengenakan bayaran yuran/levi/deposit yang tinggi kepada majikan atau pekerja asing yang mahu bekerja di Malaysia. 2M
T5 Mengadakan perjanjian yang lebih tegas dengan negara asal pekerja asing 2M
T6 Mengenakan hukuman penjara mandatori kepada majikan yang membawa masuk pekerja asing secara haram. 2M
T7 Menempatkan lebih banyak pos kawalan di sempadan darat dan perairan negara. 2M
T8 2M
TU BAGI ISI YANG DIANGGAP HANYA ULANGAN ISI T1-T8

KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu berpadu tenaga mengawal kemasukan buruh asing ( 1 markah )
agar/supaya
kehidupan rakyat Malaysia lebih harmoni dan selesa . ( 1 markah )
rakyat Malaysia dapat menikmati sepenuhnya keharmonian negara ( 1 markah )

SOALAN 2: PEMAHAMAN
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata melebarkan tumpuan.
- meluaskan perhatian
-memfokuskan perhatian
- memberikan perhatian
(2 markah)
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke Malaysia untuk
bekerja?

- Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur
- faktor-faktor kedaifan hidup di negara asal
- kekurangan peluang kerja di negara asal mereka
( maksimum 3 isi )

(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan rakyat Malaysia
bekerja di sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing?

- Memberi upah yang lebih tinggi berbanding upah yang diberi kepada pekerja asing
- Kerajaan menyediakan insentif yang menarik seperti perlindungan insurans, perubatan setaraf kakitangan kerajaan dan kemudahan pinjaman perumahan yang longgar.
- Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kemahiran kepada pekerja rakyat tempatan.
- Memudahkan pinjaman kewangan bagi belia-belia yang mahu menjadi usahawan tani/ industri kecil.
- Mengecilkan cukai pendapatan tahunan pekerja tempatan tetapi mengenakan cukai pendapatan yang tinggi kepada pekerja asing.
-
( maksimum =3 isi )

(4 markah)

Soalan 2 (b) Drama
Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“ Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya,sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
“Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membantu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

(Cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi ,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009 )

iv. Apakah luahan hati Adam semasa menikmati buah durian?

- P1 Wah membela /membesarkannya dengan hasil/penat lelah/pendapatan dari
kebun Wah sehingga dia menjadi orang yang sangat berpengaruh
sekarang.
- P2 Adam bersyukur dengan rezeki yang diperoleh dari kebun Wah.
P3 Jika tidak dengan usaha gigih Wah, Adam mungkin hanya pekerja biasa
tapak binaan atau di ladang kelapa sawit
- P4 kita tidak akan hidup tanpa sejarah
- P5 jika tidak mengambil iktibar dari pada sejarah kemerdekaan kita akan
sentiasa melakukan kesilapan yang stereotaip

( maksumim 3 isi )

( 3 markah )

v. Sekiranya anda Mikraj, apakah yang akan anda lakukan setelah melihat Israk menepis tangan Wah?

- P1 Terus menegur perbuatan Israk secara lembut
- P2 Meminta maaf daripada Wah
- P3 Meminta Wah bersabar dengan kelakuan Israk
- P4 Mengadu tindakan Israk kepada ibu dan ayah
- P5 Berdoa agar Israk berlembut hati terhadap Wah
( maksimum 3 isi)
( 3 markah )

vi. Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan ( 1 pengajaran)
- P1 Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan tuhan
-P2 kita hendaklah menghormati otang tua
-P3 kita hendaklah menghargai asal usul keluarga kita

Pengajaran daripada cerpen ( 2 pengajaran )
- P1 Jangan menyombong diri/berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri.
- P2 Jangan terlalu mengagungkan budaya barat sehingga hilang jati diri sendiri
- P3 Jangan bersengketa sesama adik-beradik
- P4 Hendaklah menangani sikapagresif orang muda bijak
( maksimum= 3 isi )

( 3 markah )

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Merah Silu pun bermohon pada Megat Iskandar, lalu dia pergilah membawa segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l -Nasar di Rimba Jerlun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.
(Merah Silu, dipetik daripada Hikayat Raja-raja Pasai
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 )

iv. Berikan maksud rangkai kata kerana ia sedia raja berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
- Merah Silu memang keturunan raja
- Merah Silu memang anak raja
( 2 markah )

v. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu ketika berada di Buluh Telang?
- P1 Merah Silu menyabung ayam dengan ramai juara.
- P2 Orang yang kalah bersabung ayam dipulangkan semula taruhannya
- P3 menghadiahkan seekor kerbau kepada yang datang bertaruh
- P4 Menghadiahkan seekor lembu kepada orang yang datang menonton
- ( maksimum 3 isi )
( 3 markah )

vi. Pada pendapat anda, apakah cara-cara lain yang lebih wajar dilakukan oleh Merah Silu untuk berbaik-baik dengan masyarakat tempatan selain menyabung ayam?

- P1 Mengadakan kenduri /jamuan makan kesyukuran kerana dibenarkan
- tinggal di Buluh Telang
- P2 Menyedekahkan /mendermakan harta untuk kegunaan orang-orang
kampung yang susah.
- P3 Menziarahi penduduk-penduduk Buluh Telang untuk berkenalan
- P4 Membuka ladang ternakan kerbau dan mengambil penduduk kampung
sebagai pekerja
- P5 Membeli beberapa bidang tanah dan disumbangkan kepada penduduk
untuk diusahakan dengan tanam-tanaman bernilai komersial
- P6 Membina rumah ibadat/tempat beribadat bagi kegunaan penduduk Buluh
Telang
- P7 Menyediakan bantuan kewangan kepada penduduk yang kurang
berkemampuan.
( maksimum 3 isi )
( 3 markah )

Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkaulah adalah pusaka nenek moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

( Shafie Abu Bakar,
Alam yang Hijau, 2007
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahsa dan Pustaka 2009)

ii. Berikan maksud bait ketiga sajak di atas.
-ketika berada di perpustakaan, penyajak berasa seperti orang yang terlalu sedikit ilmu yang dimilikinya. Semakin ditelaah ilmu yang ada/buku-buku yang ada di perpustakaan , penyajak semakin terasa ilmu yang dicari tidak perlu mencukupi
( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, mengapakah perpustakaan masih tetap dikunjungi oleh orang ramai walaupun penggunaan internet semakin popular?

- P1 Bahan-bahan yang ada merupakan bahan yang lestari/ buku –buku lama
masih boleh didapati sedangkan bahan-bahan yang lama tidak terdapat di
dalam internet.
- P2 Boleh berbincang dengan rakan-rakan secara bersemuka yang
memantapkan lagi tugasan yang dibuat berbanding dengan internet yang
dibuat secara maya.
- P3 Suasana persekitaran yang menaikkan lagi keinginan untuk belajar
berbanding dengan internet yang terkurung di rumah atau terdedah
dengan persekitaran sosial yang tidak selesa di kafe siber.
- P4 Semua ahli keluarga boleh menggunakan perpustakaan bersama-sama
sebagai aktiviti keluarga berbanding internet yang hanya digunakan secara
individu sahaja.
- P5 Kesemua maklumat boleh diperoleh dari banyak bahan bertulis yang
lengkap sedangkan di dalam internet bahan-bahan hanya ditulis secara
ringkas sahaja

( maksimum 3 markah )
( 3 markah )

iv. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

P1 Kerajinan; rajin mengunjungi perpustakan untuk memperoleh ilmu
P2 Ketekunan : tekun ke perpustakaan untuk mencari ilmu
P3 Kegigihan : Gigih berusaha agar proses menuntut ilmu berakhir dengan
kejayaan
P4 Menghargai ilmu: kita mesti menhargai peranan perpustakaan sebagai
pusat kecemerlangan ilmu
P5 Kesungguhan: bersungguh-sungguh mengerja ilmu

( maksimum 3 isi )

( 3 markah )

SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

(f) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

vii. mahaguru
-guru yang tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau university
-profesor
-ketua sesuatu kumpulan silat

viii. maharaja
-raja besar
-gelaran atau sebutan bagi orang besar

ix. mahakarya
-karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain)
pada sesuatu zaman
-karya terbaik yang gemilang atau karya yang dicipta darpada daya
intelek dan daya kreativiti yang tinggi

x. tatatertib
-peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
-disiplin

xi. tatatingkat
-hieraki
( salah satu peraturan ialah wujudnya tatatingkat dalam hubungan antara individu dalam sesebuah keluarga )

xii. tataurusan
-urusan pentadbiran negara

( -2 MARKAH = I AYAT YANG BETUL, TEPAT DAN GRAMATIS )
-TOLAK ½ MARKAH BAGI CALON YANG ADA MEMBUAT KESALAHAN BAHASA)
( 6 markah )

(g) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti , kenal pasti kerja kerja aktif transitif dan objek yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
Setiap pelajar yang akan menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia wajib menjalani ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu. Para pelajar dikira gagal dalam subjek Bahasa Melayu walaupun telah melaksanakan peperiksaan bertulis bagi subjek ini sekiranya gagal menghadiri ujian lisan ini. Kesan yang lebih buruk ialah, pelajar-pelajar dikira gagal Sijil Pelajaran Malaysia walaupun mendapat keputusan cemerlang bagi subjek-subjek lain. Oleh itu setiap pelajar perlu memandang serius akan kepentingan ujian lisan ini . Mereka tidak perlu berdolak-dalih untuk mengelakkan diri kerana perkara ini melibatkan masa depan para pelajar sendiri. Malahan, kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan menghancurkan harapan tinggi keluarga.

bil kkat objek
1 menduduki peperiksaan
2 melaksanakan peperiksaan bertulis
3 menghadiri ujian lisan
4 mengelakkan diri
5 melibatkan masa depan
6 Menghancurkan harapan tinggi keluarga

2 markah bagi setiap jawapan
kkat sahaja tanpa objek = 0 markah
objek sahaja tanpa kkat = 0 markah
( 6 markah )
(h) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan imbuhan dan tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-keslahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan bagi imbuhan dan tiga kesalahan bagi ejaan.

Alam sekitar semula jadi dan bio diversiti tidak dapat berpisah-pisah. Tanpa alam sekitar kehidupan flora dan founa tidak akan sempurna malah mengalami ancaman kepupusan. Oleh itu sebagai insan yang perihatin akan keindahan dan kepentingannya kepada semua kehidupan di muka bumi ini, kita perlu ambil tindakan-tindakan yang proaktif. Salah satu tindakan yang bijak ialah melestari keadaan semula jadi bumi ini. Segala bentuk pencemaran perlu dikurangkan malah jika mampu dihapuskan agar bumi ini kekal segar dan hijau.

BIL SALAH BETUL
1 bio diversiti biodiversiti
2 founa fauna
3 perihatin prihatin

BIL SALAH BETUL
1 ambil mengambil
2 melestari melestarikan
3 berpisah-pisah dipisahkan/berpisah

1 MARKAH BAGI SETIAP JAWAPAN BETUL
- ½ MARKAH BAGI KESALAHAN BAHASA DAN EJAAN YANG DIBUAT CALON

( 6 markah )

(i) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

iv. Rakyat-rakyat di negara kita perlu menghayati peraturan Rukun Negara untuk merealisasikan wawasan 1Malaysia.

v. Bila diminta oleh ibunya untuk membeli lima biji sabun, tanpa berlengah-lengah lagi Marina terus ke kedai Pak Raju.

vi. Pokok buah-buahan yang Ah Wee tanam sedang berbuah dengan lebatnya kerana telah dipercikkan baja pada setiap bulan.

SALAH BETUL

i Rakyat-rakyat Rakyat
peraturan prinsip
ii. Bila Apabila
biji ketul/buku
iii. Ah Wee tanam ditanam oleh Ah Wee
dipercikkan disiramkan

1 MARKAH BAGI SETIAP JAWAPAN BETUL
- ½ MARKAH BAGI KESALAHAN BAHASA DAN EJAAN YANG DIBUAT CALON
-

( 6 markah )

(j) Baca dan teliti makna peribahasa di bawah dan berikan peribahasa yang sesuai dengan makna peribahasa itu.

iv. Bilangan yang sangat sedikit.
- Boleh dihitung dengan jari

v. Mengambil kesempatan atau keuntungan daripada kesusahan orang lain.
- Menangguk di air keruh
- Menahan lukah di pergentingan

vi. Susah senang bersama-sama.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
( 6 markah )

SOALAN 4: NOVEL
[ 15 MARKAH ]
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah sahaja.

(b) Berdasarkan novel yang dikaji, jelaskan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh watak-watak sampingan dan cara-cara watak utama membantu watak-watak sampingan tersebut menyelesaikan kesulitan-kesulitan mereka.
2 ISI = 4 MARKAH
3 MARKAH BAHASA

BIL KESULITAN WATAK SAMPINGAN
( 1 MARKAH ) WATAK UTAMA (FUAD)
( 1 MARKAH )

1 Borhan – anaknya mengalami demam panas yang kuat Menyewa kereta dan mambawa borhan , isteri dan anaknya ke klinik dan membayar kos rawatan.

2 Pakcik Lim – kesempitan belanja kerana tidak lagi dibantu oleh Robert Lim yang menghadapi masalah perniagaan/ tidak dapat membayar yuran peperiksaan anak-anaknya Fuad menanggung semua perbelanjaan persekolahannya dan yuran peperiksaan anak-anak Peter Lim
3 Farhana menghadapi kesukaran mendapatkan bas untuk pulang ke Kuantan Fuad menghantar Farhana pulang ke Kuantan dengan keretanya
4 Farhana terpaksa menjaga ibunya yang berpenyakit lelah di Hospital Tuanku Ampuan Afzan Fuad segara datang ke Kuantan untuk membantu Farhana menjaga ibunya yang sakit dan menjenguk adik-adik Farhana di rumah .
5 Cikgu Abbas , GPK Sekolah Menengah Seri Setia menghadapi masalah pelajar-pelkajar tingkatan lima yang lemah dalam subjek bahasa Inggeris/ kekurangan guru bahasa Inggeris Fuad menjadi guru sandaran bahasa Inggeris untuk membantu Cikgu Alias mengatasi maslah pelajar-pelajar tersebut
6

Mak Salmah sangat berkecil hati dan marah akan Fuad sehingga tidak mahu bercakap-cakap dengannya kerana Fuad telah melarikan Sofea ( anak angkatnya ) untuk dipulangkan kepada kelaurga asalnya/

Fuad sentiasa cuba mengambil hati Mak Salmah dengan membantu nya mencari kayu di hutan untuk dibuat kayu api bagi memasak air.
Fuad sentiasa berusaha memenangi semula hati Mak Salmah dengan memberi bantuan seperti membelikan sebidang tanah/ sebuah motosikal
.
7 Mak Salamah tidak dapat menerima takdir tuhan tentang kematian Sofea kerana mak Salamah menganggap Sofea mati kerana perbuatan Fuad
Fuad membawa pulang Farhana untuk diperkenal kepada Mak Salmah dengan harapan Mak Salmah akan dapat melupakan kesedihannya
1 masalah = 1 markah
1 penyelesaian = 1 markah
Perhatian
i.Calon hanya memberi jawapan tentang masalah watak sampingan berikan 1 markah
ii.Calon hanya memberi jawapan tentang cara watak utama menyelesaikan masalah watak sampingan tanpa memberi contoh kesulitan watak sampingan berikan 0 markah
- Contoh ; Fuad menghantar Farhana pulang ke Kuantan dengan keretanya = 0
markah

(7 markah )

(c) Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel yang dikaji.
3 isi = 6 markah ; 1 isi = 2 markah
2 markah bahasa
1 isi ;mesti mengandungi 1 persoalan dan 1 contoh/huraian
Calon tidak boleh memasukkan nama-nama watak dan latar dalam persoalan = 0 markah
Contoh: Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu iaitu Mariana terhadap anaknya Fuad = 0 markah
Jawapan yang tepat
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sepanjang hayat. ( 1 markah )
Mariana tetap kasih dan sayang akan Abdul Halim( Fuad ) anaknya yang berpisah dengannya sejak 27 tahun yang lalu. ( 1 markah )
1 isi = 2 markah
Persoalan tanpa contoh/huraian = 1 markah
Contoh/huraian tanpa persoalan = 0 markah
Contoh: Mariana tetap kasih dan sayang akan Abdul Halim( Fuad ) anaknya yang
berpisah dengannya sejak 27 tahun yang lalu. = 0 markah
bil persoalan Contoh/huraian
1 Kasih sayang ibu sepanjang hayat Mariana sentiasa terkenang dan amat sayang akan Fuad walaupun sudah 27 tahun berpisah
2 Kasih anak terhadap ibu Farhana amat menyayangi ibunya Mariana dan sanggup bercuti untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital
3. Tanggungjawab terhadap profesion Cikgu Abas amat komited dan bertanggungjawab dengan tuganya sebagai GPK SMK Seri Setia. Dia sanggup berjumpa Fuad untuk memintanya menjadi guru sandaran bahasa Inggeris bagi mengatasi kelemahan pelajar-pelajar tingkatan Lima dalam subjek bahasa Inggeris.
4. Kasih sayang guru terhadap pelajar Fuad sanggup mengadakan kelas bimbingan di kantin sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan Lima demi melihat mereka Berjaya dalam bahasa Inggeris
5. Amanah dalam melaksanakan tugas Farhana amat komited menjalankan tugasnya sebagai ketua panitia Bahasa Inggeris,
Cikgu Zamani seorang guru yang tidak amanah dan sering mengabaikan tugas mengajar/ponteng kelas mengajar.
6 Ketaatan terhadap perintah agama Pak Mail sangat taat mengerjakan solat di surau kampung bersama-sama penduduk yang lain
7 Tanggungjawab ketua keluarga Fakhrudin amat bertanggungjawab terhadap isterinya Mariana dan anak-anak mereka. Dia membelikan sebuah rumah untuk Mariana dan anak-anak di Taman Tas Kuantan

( 8 markah )
____________________________ Kertas soalan tamat ____________________________

2. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

1. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

BAHASA MELAYU KERTAS 2

A. KERTAS SOALAN
B. SKEMA JAWAPAN

A. KERTAS SOALAN (1)

SULIT
1103/2 © 2010 Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru [Lihat halaman sebelah
SULIT

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
_________________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2010
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Oktober

2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak
SULIT 1103/2
1103/2 © 2010 Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru [Lihat halaman sebelah
SULIT

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanda-tanda
penyakit kemurungan dalam kalangan remaja dan cara-cara mengatasi kemurungan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut Coyne dalam makalahnya, Towards an Interactional Description of
Depression, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologi yang menghasilkan
gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian. Penyakit kemurungan atau depresi
merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan
membangun. Belakangan ini, penghidap depresi di Malaysia meningkat dengan drastik,
khususnya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat
pengajian tinggi. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku
mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan
perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes
bunuh diri.

Sesetengah ibu bapa terlalu menekan anak mereka untuk mencapai keputusan yang
cemerlang. Bagi mereka, pencapaian “A+” anak-anak dalam peperiksaan akan
menimbulkan rasa megah di hati. Oleh itu, anak-anak dipaksa berlumba-lumba mengejar
impian, sibuk dengan tuisyen dan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggalah tiada
masa untuk melayan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan tertekan dan
berubah menjadi murung. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memantau fizikal anak-anak
mereka jika mendapati berat badan mereka semakin merosot. Ibu bapa yang prihatin akan
dapat mengenal pasti setiap perubahan diri anak-anak mereka, sama ada dari segi fizikal
atau mental. Kadang kala fizikal anak-anak juga kelihatan tidak bermaya.
Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa tanggapan ibu bapa yang
terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan melahirkan generasi yang tidak
seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari bahawa harapan tinggi yang akan
diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah
sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung dan seterusnya menghidap kemurungan.
Zaman kanak-kanak yang sepatutnya ceria telah dipenuhi oleh aktiviti yang berat sehingga
menimbulkan masalah gangguan dalam gerakan badan dan psikomotor. Mereka mula
menghadapi masalah berfikir sehingga sukar untuk menumpukan perhatian. Emosi mereka
terganggu dan akhirnya mereka akan menghidap depresi. Selain itu, mereka juga turut
menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Terdapat juga mereka yang terlibat
dengan masalah ini menjadi terlalu pasif dan tidak memberikan sebarang tindak balas
kerana berasa diri tidak bernilai serta bersalah akibat tingkah laku mereka sendiri.
Kadangkala mereka yang sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri juga
dapat dianggap sebagai pesakit depresi. Selain itu, minat atau kesukaan terhadap sesuatu
aktiviti juga semakin merosot.

Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap
penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit
jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal.
Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major
mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bahaya Tekanan yang Melampau’
oleh Tam Chai Lian,
Dewan Masyarakat, Mac 2009)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meningkat dengan drastik. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan penyakit kemurungan. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran ? [4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cekodok aje? Airnya pula macam Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan
besar.
“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau
abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.
“Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga
Mikraj.
Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk
menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya
kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.
Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV
hitam sahaja. Israk mencebik.
“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan
jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas
4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan
cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah,
Kampung Sayong.
“Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik
seperti abang tahu akan tanggungjawab!”

(Dipetik daripada cerpen “Israk” oleh Erda Roslan Khairi
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Mengapakah Israk tidak serasi tinggal di rumah neneknya ? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimana anda menyesuaikan diri apabila tinggal di tempat
baru ?
[4 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran
lain yang terdapat dalam cerpen tersebut. [3 markah]

Soalan 2 (c) - Pemahaman Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu
akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar Indera Nata datang itu maka
segeralah ia mendapatkan anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa
oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka
lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “ Wah anakku tuan, hiduplah rasa
hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan
dan minum dan tidur daripada sangat bercintakan anakku ini!”
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta
kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku
beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”
Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang
kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis menengar cetera anaknya itu serta
katanya, “Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini
tuan!”
Maka Indera Nata pun terlalu kasihan menengar bondanya itu. Sebermula maka
tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka ia pun
menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada
tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu
dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya.
Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah
ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati.

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata”dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 67)

( i ) Apakah maksud rangkai kata “berceterakan hal ehwalnya”? [2 markah]

( ii ) Apakah yang berlaku kepada Tuan Puteri Cenderawati selama Indera
Nata tiada? [3 markah]

( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kasih sayang amat penting
dalam kehidupan?
[3 markah]

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati
Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusara moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun ku teguk darinya
Dahaga tak pernah langsai

SHAFIE ABU BAKAR
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Gambarkan suasana di perpustakaan.
[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan pihak sekolah bagi memastikan
perpustakaan di sekolah berfungsi sepenuhnya ?
[3 markah]

(iii) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 Markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai
peribahasa.

i) Ambil - ambil alih
ii) Jerih - jerih payah
iii) Kenal - kenal pasti
[6 markah]

(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud
serta struktur asalnya.

Saban hari kita mendengar berita kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh
kecuaian pemandu dan juga akibat faktor persekitaran. Ramai mangsa kemalangan
terdiri daripada kanak-kanak sekolah. Ibu bapa harus mengawasi anak-anak melintas
bagi mengelakkan berlaku kemalangan pada masa akan datang.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) "Carek-carek bulu ayam akhirnya akan tercantum juga," kata nenek kepada
datuk.

ii) Ibu bapa yang mengalami masalah rumahtangga akan memberikan kesan
kepada anak-anak yang sedang dibesarkan.

iii) Perkembangan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK) berjaya menbawa
rakyat kita mengikut arus globalisasi dunia hari ini.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di
negara yang berhemah ini.

(ii) Pada bulan yang lepas Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah
mengisytiharkan kempen membaca pada peringkat kebangsaan.

(iii) Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para
pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan
pembakaran terbuka.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa
yang yang sesuai mengikut situasi yang terdapat dalam petikan..

Setelah isteri Pak Karim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, 7 orang
anaknya hidup tanpa haluan. Pak Karim pula suka menceritakan keburukan arwah
isterinya kepada orang lain. Selepas itu, Pak Karim pula terpaksa berhenti kerja
kerana kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat menghidap penyakit
kencing manis.

[6 markah]

Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel berikut.

NOVEL MELUNAS RINDU
KARYA HARTINI HAMZAH

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang
terdapat dalam novel tersebut?
[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang
mengandungi nilai-nilai murni yang dapat anda contohi daripada perwatakan watak
utama novel tersebut.
[8 markah]

B. SKEMA JAWAPAN (1)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

_____________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 1103/2 (PP)

TINGKATAN EMPAT

Bahasa Melayu

Kertas 2

Peraturan Pemarkahan

Oktober 2010

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta JKD Bahasa Melayu Daerah Johor Bahru. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________________________________________________________________

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- Nama khas

- Perkataan berulang

- Penggunaan kata depan di dan ke

- Tarikh

- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian

Markah

Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

(iii) Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

(iv) Penutup/kesimpulan

2

Jumlah markah

20

Soalan 1 : Petikan rumusan

Pendahuluan. Markah

Petikan merumuskan/membincangkan/menerangkan/menyatakan/menjelaskan 2

petanda/tanda-tanda/petunjuk/penyakit depresi dalam kalangan remaja.

Isi tersurat (tanda-tanda penyakit kemurungan)

  1. Sikap yang kelihatan termenung hampir setiap hari. 2
  2. Berat badan yang semakin merosot. 2
  3. Keadaan fizikal anak yang kelihatan tidak bermaya. 2
  4. Mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung. 2
  5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor. 2
  6. Masalah untuk berfikir dan menumpukan perhatian. 2
  7. Kekeliruan dalam membuat keputusan. 2
  8. Terlalu pasif dan tidak memberi sebarang tindak balas. 2
  9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri. 2
  10. Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti yang semakin merosot. 2

Isi tersirat (langkah-langkah mengatasi kemurungan)

  1. Mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar psikiatrik 2
  2. Bergaul dengan kawan-kawan / orang lain/Tidak duduk bersendirian 2
  3. Melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/bersenam/beriadah 2
  4. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan 2
  5. beribadat / membaca al Quran/ bersembahyang 2

Kesimpulan

Kesimpulannya, anggota masyarakat harus peka terhadap bahaya penyakit depresi dalam kalangan remaja agar masa depan generasi muda terbela / terjamin 2

Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

(i) Maksud rangkai meningkat dengan drastik:

- Bertambah dengan cepat 2

[maksimum : 2 markah]

(ii) Kesan-kesan:

- Peningkatan kes bunuh diri 1

- Murung hampir setiap hari 1

- Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti semakin merosot 1

- Berat semakin merosot 1

[maksimum : 3 markah]

(iii) Wajar:

- Sebagai galakan / dorongan / motivasi 1

- Pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan 1

- Supaya anak tahu kepentingan mendapat keputusan cemerlang 1

- Untuk masa depan yang cerah 1

- Supaya dapat mengurus masa dengan baik 1

Tidak wajar:

- Ikut kemampuan anak-anak 1

- Supaya anak tidak stres 1

- Anak akan terlibat dengan gejala sosial 1

- Anak akan memberontak 1

[maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen - Israk

(i)

· neneknya hanya menyediakan cekodok. 1

· air minumannya pula seperti air Sungai Kelang. 1

· Televisyen di rumah Wak rosak. 1

[maksimum : 2 markah]

(ii)

· Menghormati pandangan orang lain. 1

· Menghormati/menerima budaya/cara hidup/makanan di situ. 1

· Menghormati orang tua 1

· Tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. 1

· Bertolak ansur dengan masyarakat di situ. 1

[maksimum : 4 markah]

(iii) daripada petikan:

· Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua. 1

Daripada keseluruhan cerpen:

· Kita hendaklah menerima cara hidup penduduk kampung. 1

· Kita hendaklah mengenang jasa orang tua kita. 1

[maksimum : 3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik – Hikayat Indera Nata

(i)

- Menjelaskan/menerangkan/mengisahkan/menceritakan perkara tentang diri Indera Nata

[maksimum : 2 markah]

( ii )

Selama Indera Nata tiada, Tuanku Puteri Cenderawati

- tidak lalu makan dan minum

- tidak dapat tidur, dan

- hatinya sentiasa rindu akan Indera Nata

1

1

1

[maksimum : 3 markah]

( iii )

Perasaan kasih sayang amat penting dalam kehidupan kerana

- membahagiakan kehidupan,

- mengukuhkan sesebuah institusi

- menjadikan kehidupan lebih bermakna/ tidak hambar / tidak kosong

- menjadikan hidup aman dan tenteram/ tidak bergaduh

- menjauhkan perasaan negatif/ bermusuhan

- tuntutan agama / amalan mulia / nilai murni dalam kehidupan

1

1

1

1

1

1

1

1

[maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (d) – Sajak - Mahsuri

(i) Suasana diperpustakaan

  • dingin 1
  • sepi 1
  • semua orang sibuk membaca / menelaah/ kepala-kepala

tunduk meneliti/ khusyuk 1

[maksimum : 3 markah]

(ii) Tindakan sekolah

  • Menceriakan perpustakaan / suasana yang kondusif 1
  • Menambah bilangan buku 1
  • Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik 1
  • Menambahkan kemudahan di perpustakaan seperti kemudahan internet 1
  • Menaiktaraf perpustakaan seperti perpustakaan awam/ di universiti 1

[maksimum : 3 markah]

(iii) Nilai murni

Nilai kegigihan

Contoh : perlu berusaha menuntut ilmu dengan membuat kajian diperpustakaan

Nilai saling menghormati

Contoh: Perlu menghormati orang yang sedang membaca menelaah di perpustakaan.

Nilai kebijaksanaan

Contoh : Mereka mengggunakan fikiran ketika membaca/ menelaah

Nilai rendah diri

Contoh : Sebagai orang yang sedang belajar, penyajak merasakan dirinya mash cetek ilmu.

[maksimum : 3 markah]

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan satu markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.

3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.

4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1 markah.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

(a) Membina ayat

(i)

"Jangan ambil buah itu jika tidak dapat kebenaran tuannya,'' kata nenek kepada Farhan

"Aku akan ambil alih jawatan pengerusi syarikat ini apabila ayahku bersara kelak,'' kata Azam kepada rakannya Sufian.

(ii)

Abah mudah jerih setiap kali menaiki tangga untuk ke pejabatnya.

Hasil jerih payah pemimpin-pemimpin dahulu negara kita akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

(iii)

Rashid pura-pura tidak kenal gurunya kerana ketika itu dia sedang merokok.

"Saya mahu semua ketua jabatan kenal pasti masalah anak buah masing-masing," kata pengarah syarikat.

(b) Ayat tunggal

(i) Saban hari kita mendengar berita kemalangan jalan raya.

(ii) Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kecuaian pemandu.

(iii) Kemalangan jalan raya juga akibat faktor persekitaran.

(iv) Ramai mangsa kemalangan terdiri daripada kanak-kanak sekolah.

(v) Ibu bapa harus mengawasi anak-anak melintas.

(vi) Ibu bapa harus mengelakkan berlaku kemalangan pada masa akan datang.

(c) Ejaan dan imbuhan

(i) Carek-carek - carik-carik , tercantum - bercantum

(ii) rumahtangga - rumah tangga , dibesarkan - membesar

(iii) teknoloji - teknologi , mengikut - mengikuti

(d) Kata atau istilah dan tatabahasa

(i) demi untuk - demi / untuk

berhemah - bertuah / berdaulat

(ii) Yang Berhormat - Yang Amat Berhormat

mengisytiharkan - melancarkan

(iii) menyiarkan - memberikan / mengeluarkan

pada - kepada

(Maksimum : 6 markah)

(e) Peribahasa

Perhatian bagi soalan 3(e)

1. Peribahasa mesti lengkap

2. Jika calon mengemukakan lebih daripada satu peribahasa, pilih peribahasa yang

paling tepat.

3. Tambah perkataan pada peribahasa, maksud masih betul – diterima.

4. Peribahasa tidak lengkap / terbalik – 0 markah.

5. Salah ejaan/tatabahasa, tolak ½ markah bagi markah keseluruhan.

(i) bagai layang-layang putus tali / seperti anak ayam kehilangan ibu

(ii) membuka pekung di dada / meludah ke langit terkena batang hidung sendiri

(iii) sudah jatuh ditimpa tangga

Soalan 4 : Novel

15 markah

Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Markah isi maksimum 4 markah.

(iv) Markah bahasa maksimum 3 markah.

(v) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 3 markah

Sederhana : 2 markah

Lemah : 1 markah

(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.

(b) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Markah isi maksimum 6 markah.

(iv) Markah bahasa maksimum 2 markah

(v) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 2 markah

Lemah : 1 markah

(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.

(a) Persoalan yang terdapat dalam novel ialah:

(i) Persoalan kegigihan mencari ibu

· Fuad berusaha mencari kubur ibu kandungnya Mariana sehingga dia sanggup pergi ke Sungai Ruan untuk menyelidiki di mana kubur ibunya.

(ii) Persoalan bertanggungjawab

· Fuad bertangung jawab menziarahi keluarganya Peter Lim dan Swee Lan yang membelanya sejak kecil.

· Fuad membawa buah tangan seperti baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau.

(iii) Persoalan pengorbanan

· Pengorbanan Fuad menjalani kehidupan bersama-sama keluarga angkat setelah mendapati dirinya muslim.

(iv) Persoalan kepentingan pendidikan

· Farhana merangka program pendidikan untuk pelajar Sekolah Menengah Seri Setia.

· Cikgu Abas, Penolong Kanan 1 berusaha mencari guru bahasa Inggeris kerana pelajar di sekolahnya lemah dalam bahasa Inggeris.

Terima mana-mana dua persoalan dan huraian – 4 markah

(b) Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni dan boleh dicontohi

· Peristiwa Fuad mencari siapa ibu kandungnya. Fuad berusaha menjejaki ibu kandungnya sehingga pergi ke Sungai Ruan bagi menyelidiki di mana kubur ibunya. Peristiwa ini menunjukkan nilai kegigihan seorang anak yang berusaha mencari ibunya.

· Peristiwa Fuad menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia Fuad menerima tawaran Cikgu Abas untuk menjadi guru bahasa Inggeris kerana memikirkan kepentingan pelajar apabila mendapati pelajar di situ lemah bahasa Ingeris. Peristiwa ini menyebabakan nilai bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat.

· Peristiwa Fuad melawat keluarga angkatnya di Raub, Pahang. Setelah lama merajuk akhirnya Fuad pergi ke rumah Peter Lim dan Swee Lan. Fuad membawa balik buah tangan seperti baju untuk bapanya baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau.

Terima mana-mana tiga peristiwa dan huraian – 6 markah

KERTAS SOALAN (2 )

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

_________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2010 1103/2

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Oktober

2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan

teks Komponen Kesusasteraan Melayu.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

_________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanda-tanda penyakit kemurungan dalam kalangan remaja dan cara-cara mengatasi kemurungan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut Coyne dalam makalahnya, Towards an Interactional Description of Depression, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologi yang menghasilkan gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian. Penyakit kemurungan atau depresi merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan membangun. Belakangan ini, penghidap depresi di Malaysia meningkat dengan drastik, khususnya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat pengajian tinggi. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes bunuh diri.

Sesetengah ibu bapa terlalu menekan anak mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi mereka, pencapaian “A+” anak-anak dalam peperiksaan akan menimbulkan rasa megah di hati. Oleh itu, anak-anak dipaksa berlumba-lumba mengejar impian, sibuk dengan tuisyen dan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggalah tiada masa untuk melayan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan tertekan dan berubah menjadi murung. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memantau fizikal anak-anak mereka jika mendapati berat badan mereka semakin merosot. Ibu bapa yang prihatin akan dapat mengenal pasti setiap perubahan diri anak-anak mereka, sama ada dari segi fizikal atau mental. Kadang kala fizikal anak-anak juga kelihatan tidak bermaya.

Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa tanggapan ibu bapa yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan melahirkan generasi yang tidak seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari bahawa harapan tinggi yang akan diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung dan seterusnya menghidap kemurungan. Zaman kanak-kanak yang sepatutnya ceria telah dipenuhi oleh aktiviti yang berat sehingga menimbulkan masalah gangguan dalam gerakan badan dan psikomotor. Mereka mula menghadapi masalah berfikir sehingga sukar untuk menumpukan perhatian. Emosi mereka terganggu dan akhirnya mereka akan menghidap depresi. Selain itu, mereka juga turut menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Terdapat juga mereka yang terlibat dengan masalah ini menjadi terlalu pasif dan tidak memberikan sebarang tindak balas kerana berasa diri tidak bernilai serta bersalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kadangkala mereka yang sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri juga dapat dianggap sebagai pesakit depresi. Selain itu, minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti juga semakin merosot.

Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal. Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahaya Tekanan yang Melampau’

oleh Tam Chai Lian,

Dewan Masyarakat, Mac 2009)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meningkat dengan drastik. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan penyakit kemurungan. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran ? [4 markah]

Soalan 2 (b) Pemahaman Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MU I: Tidakkah saudara membaca, mendengar radio atau menonton televisyen?

Tiap-tiap hari tersiar berita keruntuhan moral generasi muda.

MU II : Generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi.

Tidak menghormati orang tua, tidak menhormati guru, tidak menghormati

sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri.

CHONG: ( Nada perli ) Lagi?

MU I : Dan lagi, atas segala-galanya ialah kepercayaan , keagamaan dan

ketuhanan. Generasi muda masa kini amat longgar kepercayaan

keagamaannya. Inilah punca utama yang menyebabkan berlakunya

kemerosotan moral dalam kalangan belia.

MU I : Apabila sudah tidak takut kepada tuhan, maka dengan sendirinya mereka

tidak takut pada apa-apa saja. Tidak menghormati apa-apa dan sesiapa

saja. Akhirnya setiap yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia

belaka kerana tidak ada sesiapa yang mahu menghormati.

SALMAH: Segala-galanya?

MU I : Ya. Termasuklah apa-apa yang saudara sebutkan pada awal tadi, iaitu

mengenai prestasi yang negara saudara capai itu. Pada ketika itu, segala

rukun tidak akan bermakna lagi. Segala dasar dan segala institusi tidak

akan beroperasi lagi.

CHANDRAN: Saya rasa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa yang

berlaku kepada generasi kami pada hari ini. Ini disebabkan segala suatu

yang negatif yang berlaku atas kami ialah hasil daripada asuhan golongan

dewasa. Merekalah harus diperslahkan.

MU I : Menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak adil.

( Drama “FORUM REMAJA”Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Nyatakan kesan-kesan apabila kepercayaan agama menjadi longgar ?

( 3 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah sikap salah-menyalahkan

antara satu sama lain tidak wajar diamalkan dalam masyarakat.

( 3 markah )

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan

dari keseluruhan drama.

( 3 markah )

Soalan 2 (c) - Pemahaman Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjang bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan, “Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu. Maka kata perempuan itu, “ Ya Tuanku, hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata Bayan itu, “Bahawa pekerjaanmu membuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka hendaklah hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu, “Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku akan memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oleh perempuan itu seperti kata Bayan itu.

( Hikayat KHOJA MAIMUN,

Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Berikan maksud rangkai kata sangat hambamu dahaga berdasarkan

penggunaannya dalam petikan.

( 2 markah )

ii. Apakah yang dilakukan oleh Bayan apabila mendengar doa isteri

saudagar?

( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memohon keampunan

daripada tuhan apabila melakukan dosa?

( 3 markah )

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu

meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidik

santun si dara menjadi idaman

warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra

memandang teruna dara

sama cantik sama padan

berganding bersama

di singgahsana ...

Masa itu telah jauh

zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara

memandang teruna dara

berganding tanpa silu

tanpa hormat

tanpa batasan

adat sezaman ditinggal jauh

adat agama dipandang remeh

adat kuning jadi ikutan

Wan Nazihah Wan Abdullah

Annyss Sophillea 1997

Dewan Bahasa dan Pustaka

( Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Apakah punca-punca si tua berduka lara?

( 3 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah ajaran agama semakin dipinggirkan oleh anak

muda?

( 3 markah )

iii. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak.

( 3 markah )

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 Markah]

Jawab semua soalan.

(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. mudarat

ii. muhibah

iii. mujarab

iv. mujarad

v. musibah

vi. mustajab

( 6 markah )

(b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti jenis-jenis ayat-ayat tersebut.

i. Siapakah nama kamu?

ii. Mereka menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas.

iii. Siapkan latihan yang diberi sekarang juga!

iv. Anda sudah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru?

v. Kami mendukung sepenuhnya misi 1Malaysia.

vi. Semua peserta seminar dipersilakan masuk ke dalam dewan sekarang.

( 6 markah )

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

i. Semua ahli keluarga menyetujui untuk mengadakan acara sendiwara pada Hari Ibu Bapa nanti .

ii. Semua penompang diminta oleh pihak pengurusan lapangan terbang agar berkumpul di balai perlepasan sejam sebelum waktu berlepas.

iii. Sudah menjadi rasmi ayam jantan akan berkokok menjelangi waktu pagi dan tengah hari.

( 6 markah )

(d) d) Dalam perenggan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa daripada petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

Kecerlangan budi bahasa amat dititikberatkan oleh golongan dewasa sehingga tercipta pelbagai bahasa kiasan yang menggambarkan keperluan budi bahasa. Namun begitu, sikap luhur ini dilihat semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutama dalam golongan remaja. Para remaja lebih gemar menggunakan bahasa yang keras apabila berbual-bual malah terbawa-bawa apabila bercakap dengan orang dewasa. Oleh sebab itu, menteri perdana telah melaksanakan kempen tentang budi bahasa bagi menyedarkan masyarakat mengenai amalan yang semakin tersisih ini.

(e) Baca dan isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa-peribahasa yang sesuai dan betul. Anda tidak perlu menyallin semula petikan tersebut.

Konsep 1MALAYSIA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia demi perpaduan rakyat Malaysia. Beliau mahu rakyat Malaysia hidup bersatu padu dalam segala hal umpama kata peribahasa Melayu ......................... (i) .................................................. . Rakyat Malaysia perlu faham bahawa para pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keharmonian negara ; tanggungjawab tersebut bagai ......................... (ii) ................................................. . Oleh sebab itu rakyat Malaysia perlu hidup bermuafakat seperti ........................... (iii) ...................................... agar negara terus aman.

( 6 markah )

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel berikut.

NOVEL MELUNAS RINDU

KARYA HARTINI HAMZAH

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel tersebut?

[7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai-nilai murni yang dapat anda contohi daripada perwatakan watak utama novel tersebut.

[8 markah]

________________ kertas soalan tamat ____________________________

SKEMA JAWAPAN (2)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

_____________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 1103/2 (PP)

TINGKATAN EMPAT

Bahasa Melayu

Kertas 2

Peraturan Pemarkahan

Oktober 2010

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta JKD Bahasa Melayu Daerah Johor Bahru. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________________________________________________________________

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanda-tanda penyakit kemurungan dalam kalangan remaja dan cara-cara mengatasi kemurungan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut Coyne dalam makalahnya, Towards an Interactional Description of Depression, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologi yang menghasilkan gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian. Penyakit kemurungan atau depresi merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan membangun. Belakangan ini, penghidap depresi di Malaysia meningkat dengan drastik, khususnya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat pengajian tinggi. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes bunuh diri.

Sesetengah ibu bapa terlalu menekan anak mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi mereka, pencapaian “A+” anak-anak dalam peperiksaan akan menimbulkan rasa megah di hati. Oleh itu, anak-anak dipaksa berlumba-lumba mengejar impian, sibuk dengan tuisyen dan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggalah tiada masa untuk melayan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan tertekan dan berubah menjadi murung. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memantau fizikal anak-anak mereka jika mendapati berat badan mereka semakin merosot. Ibu bapa yang prihatin akan dapat mengenal pasti setiap perubahan diri anak-anak mereka, sama ada dari segi fizikal atau mental. Kadang kala fizikal anak-anak juga kelihatan tidak bermaya.

Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa tanggapan ibu bapa yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan melahirkan generasi yang tidak seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari bahawa harapan tinggi yang akan diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung dan seterusnya menghidap kemurungan. Zaman kanak-kanak yang sepatutnya ceria telah dipenuhi oleh aktiviti yang berat sehingga menimbulkan masalah gangguan dalam gerakan badan dan psikomotor. Mereka mula menghadapi masalah berfikir sehingga sukar untuk menumpukan perhatian. Emosi mereka terganggu dan akhirnya mereka akan menghidap depresi. Selain itu, mereka juga turut menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Terdapat juga mereka yang terlibat dengan masalah ini menjadi terlalu pasif dan tidak memberikan sebarang tindak balas kerana berasa diri tidak bernilai serta bersalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kadangkala mereka yang sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri juga dapat dianggap sebagai pesakit depresi. Selain itu, minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti juga semakin merosot.

Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal. Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada

‘Bahaya Tekanan yang Melampau’

oleh Tam Chai Lian,

Dewan Masyarakat, Mac 2009)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meningkat dengan drastik. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan penyakit kemurungan. [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang

cemerlang dalam pelajaran ? [4 markah )

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- Nama khas

- Perkataan berulang

- Penggunaan kata depan di dan ke

- Tarikh

- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian

Markah

Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

16

(iii) Isi tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

(iv) Penutup/kesimpulan

2

Jumlah markah

20

Soalan 1 : Petikan rumusan

Pendahuluan. Markah

Petikan merumuskan/membincangkan/menerangkan/menyatakan/menjelaskan 2

petanda/tanda-tanda/petunjuk/penyakit depresi dalam kalangan remaja.

Isi tersurat (tanda-tanda penyakit kemurungan)

  1. Sikap yang kelihatan termenung hampir setiap hari. 2
  2. Berat badan yang semakin merosot. 2
  3. Keadaan fizikal anak yang kelihatan tidak bermaya. 2
  4. Mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung. 2
  5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor. 2
  6. Masalah untuk berfikir dan menumpukan perhatian. 2
  7. Kekeliruan dalam membuat keputusan. 2
  8. Terlalu pasif dan tidak memberi sebarang tindak balas. 2
  9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri. 2
  10. Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti yang semakin merosot. 2

Isi tersirat (langkah-langkah mengatasi kemurungan)

  1. Mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar psikiatrik 2
  2. Bergaul dengan kawan-kawan / orang lain/Tidak duduk bersendirian 2
  3. Melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/bersenam/beriadah 2
  4. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan 2
  5. beribadat / membaca al Quran/ bersembahyang 2

Kesimpulan

Kesimpulannya, anggota masyarakat harus peka terhadap bahaya penyakit depresi dalam kalangan remaja agar masa depan generasi muda terbela / terjamin 2

Perhatian Soalan 2

  1. Bagi jawapan

2 markah

Tiada kesalahan bahasa = 2 markah

Ada keslahan bahasa = 1 markah

Terlalu banyak keslaahan bahasa = 0 markah

  1. Bagi jawapan

3 markah

3 isi tanpa kesalahan bahasa = 3 markah

2 isi tanpa keslahan bahasa = 2 markah

1 isi tanpa kesalahan bahasa = 1 markah

3 isi dengan kesalahan bahasa = 2 markah

2 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah

1 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah

  1. Bagi jawapan

4 markah

4 isi tanpa kesalahan bahasa = 4 markah

3 isi tanpa kesalahan bahasa = 3 markah

2 isi tanpa keslahan bahasa = 2 markah

1 isi tanpa kesalahan bahasa = 1 markah

4 isi dengan kesalahan bahasa = 3 markah

3 isi dengan kesalahan bahasa = 2 markah

2 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah

1 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah

Kesalahan bahasa amat ketara = 0 markah

Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

(i) Maksud rangkai meningkat dengan drastik:

- Bertambah dengan cepat 2

[maksimum : 2 markah]

(ii) Kesan-kesan:

- Peningkatan kes bunuh diri 1

- Murung hampir setiap hari 1

- Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti semakin merosot 1

- Berat semakin merosot 1

[maksimum : 3 markah]

iii. Peranan ibu bapa untuk menghasilkan anak-anak yang cemerlang ialah…

- menyediakan rumahtangga yang ceria dan harmoni

- menjadi pembimbing dan penasihat kepada anak-anak

- menjadi rakan karib yang dapat berbincang isu-isu remaja/pelajaran

- menjadi pemantau dan penasihat tentang haja tuju anak-anak

- menjadi pendidik/teladan yang baik dalami bidang agama bagi membentuk sahsiah

anak yang terpuji

- menyediakan keperluan asas anak-anak

[maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) Drama

Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MU I: Tidakkah saudara membaca, mendengar radio atau menonton televisyen?

Tiap-tiap hari tersiar berita keruntuhan moral generasi muda.

MU II : Generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi.

Tidak menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak menghormati

sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri.

CHONG: ( Nada perli ) Lagi?

MU I : Dan lagi, atas segala-galanya ialah kepercayaan , keagamaan dan

ketuhanan. Generasi muda masa kini amat longgar kepercayaan

keagamaannya. Inilah punca utama yang menyebabkan berlakunya

kemerosotan moral dalam kalangan belia.

MU I : Apabila sudah tidak takut kepada tuhan, maka dengan sendirinya mereka

tidak takut pada apa-apa saja. Tidak menghormati apa-apa dan sesiapa saja.

Akhirnya setiap yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia belaka

kerana tidak ada sesiapa yang mahu menghormati.

SALMAH: Segala-galanya?

MU I : Ya. Termasuklah apa-apa yang saudara sebutkan pada awal tadi, iaitu

mengenai prestasi yang negara saudara capai itu. Pada ketika itu, segala

rukun tidak akan bermakna lagi. Segala dasar dan segala institusi tidak akan

beroperasi lagi.

CHANDRAN: Saya rasa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa yang

berlaku kepada generasi kami pada hari ini. Ini disebabkan segala suatu

yang negatif yang berlaku atas kami ialah hasil daripada asuhan golongan

dewasa. Merekalah harus diperslahkan.

MU I : Menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak adil.

( Drama “FORUM REMAJA”Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Nyatakan kesan-kesan apabila kepercayaan agama menjadi longgar ?

Kesan-kesan apabila kepercayaan agama menjadi longgar ialah

P1 generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi.

P2 generasi muda tidak menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak

menghormati sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri.

P3 kemerosotan moral dalam kalangan belia

P4 tidak takut kepada tuhan

P5 maka dengan sendirinya mereka tidak takut pada apa-apa saja.

P6 setiap yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia belaka

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah sikap salah-menyalahkan

antara satu sama lain tidak wajar diamalkan dalam masyarakat.

Sikap salah- menyalah tidak wajar diamalkan dalam masyarakat kerana

P1 mewujudkan permusuhan/persengketaan/ketegangan dalam masyarakat

P2 mewujudkan sikap prejudis antara satu sama lain/ hidup berpuak-puak

P3 keamanan dalam masyarakat terjejas

P4 merencatkan usaha kerajaan membangunkan negara/melambatkan

perlaksanaan pembangunan negara

( 1 isi=1 markah )

[maksimum : 3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan

dari keseluruhan drama.

( 3 markah )

Dalam petikan

P1 kepentingan agama dan moral dalam hidup generasi muda

MU mengatakan generasi muda negara ini amat longgar kepercayaan mereka

terhadap agaman sehingga berlaku keruntuhan moral yang dahsyat.

P2 generasi muda yang ego dan tidak mahu mengaku kesalahan diri

Chandran tidak mahu generasi muda dipersalahkan kerana keruntuhan moral

sebaliknya menuduh golongan dewasa yang mneyebabkan generasi muda

menjadi begitu.

Keseluruhan cerpen

P3 Persoalan tentang patriotisme yang perlu ada dalam diri remaja pelbagai

bangsa di negara kita

Chandaran , Chong dan Salmah amat sayang akan negara sehingga berasa

tercabar apabila dikritik oleh MU

P4 Persoalan tentang perpaduan kaum di negara ini yang dipupuk dalamm

diri generasi muda

Chandran, Chong dan Salamah ialah tiga orang pelajar yang berbeza kaum dan

budaya tetapi dapat berkerjasama dalam pelajaran

P5 Persoalan tentang jati diri generasi muda demi ketahaanan bangsa dan

negara

Chandran, Chong dan Salamah sangat tebal jati diri mereka sehingga berasa

marah apabila isu negara dikritik oleh MU

P6 Persoalan tentang keberanian/ berfikiran terbuka apabila menerima

kritikan membina.

Salmah, Chong dan Chandran dapat menerima kritikan MU tentang sikap

generasi muda negara ini dan menanam azam untuk mengubah sikap negatif

masyarakat demi kejayaan negara yang lebih cemerlang.

P7 Persoalan tentang tanggungjawab rakyat terhadap pembinaan negara

Salamah, Chandran dan Chong sedar bahawa semua lapisan rakyat perlu

bertanggungjawab membina negara bangsa seperti yang dihasratkan oleh

negara.

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjang bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan, “Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu. Maka kata perempuan itu, “ Ya Tuanku, hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata Bayan itu, “Bahawa pekerjaanmu membuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka hendaklah hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu, “Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku akan memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oleh perempuan itu seperti kata Bayan itu.

( Hikayat KHOJA MAIMUN,

Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Berikan maksud rangkai kata sangat hambamu dahaga berdasarkan penggunaannya dalam petikan.

Maksud sangat hambamu dahaga ialah

i. hambaMu terlalu rindu

ii. hambaMu sangat rindu

[ maksimum 2 markah ]

ii. Apakah yang dilakukan oleh Bayan apabila mendengar doa isteri

saudagar?

Apabila mendengar doa isteri saudagar, Bayan ...

P1 menyuruh isteri saudagar segera bertaubat kerana perbuatanm khianatnya

terhadap suaminya.

P2 menyuruh isteri saudagar mencukur rambut

P3 menyuruh isteri saudagar mencukur bulu keningnya

P4 berjanji akan menautkan semula hubungan isteri saudagar dengan

suaminya jika semua suruhannya dituruti.

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi=1 markah )

[maksimum : 3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memohon keampunan

daripada tuhan apabila melakukan dosa?

Kita perlu memohon keampunan daripada tuhan apabila melakukan dosa kerana...

P1 perlu berasa takut akan siksaan tuhan/ dibenci oleh tuhan

P2 kehidupan menjadi lebih tenang

P3 sentiasa mendapat petunjuk daripada tuhan

P4 dapat menghindarkan diri daripada terus melakukan kemungkaran

P5 sentiasa patuh akan ajaran agama

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu

meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidik

santun si dara menjadi idaman

warak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra

memandang teruna dara

sama cantik sama padan

berganding bersama

di singgahsana ...

Masa itu telah jauh

zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap

si tua berduka lara

memandang teruna dara

berganding tanpa silu

tanpa hormat

tanpa batasan

adat sezaman ditinggal jauh

adat agama dipandang remeh

adat kuning jadi ikutan

Wan Nazihah Wan Abdullah

Annyss Sophillea 1997

Dewan Bahasa dan Pustaka

( Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Apakah punca-punca si tua berduka lara?

Punca-punca si tua berduka lara ialah...

a. Memandang teruna dan dara bergandingan tanpa rasa silu

b. Teruna dan dara hilang bergandingan tanpa rasa hormat kepada orang tua

c. Teruna dan dara bergandingan tanpa ada batasan

d. Adat sezaman ditinggal jauh

e. Adat kuning menjadi ikutan.

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah ajaran agama semakin dipinggirkan oleh anak muda?

Ajaran agama makin dipinggirkan oleh anak muda kerana....

P1 terpengaruh dengan budaya barat yang memisahkan ajaran agama dalam hidup

P2 terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak menjadikan agama sebagai

pegangan hidup.

P3 terlalu mementingkan keseronokan dan berfoya-foya /ingin melakukan apa-apa

sahaja tanpa ada sekatan agama.

P4 menganggap agama sebagai halangan untuk mencapai kemajuan material

P5 pegangan agama tidak menjadi asas dalam pembentukan keluarga oleh

golongan dewasa.

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

iii. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak.

Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ialah kita...

P1 jangan terikut-ikut dengan budaya hidup barat yang bersalahan dengan ajaran

agama dan budaya Timur kita.

P2 sebagai generasi muda wajar mempertahankan adat resam asal kita agar tidak

hilang ditelan arus globalisasi.

P3 mesti menjadikan semua tuntutan agama sebagai panduan dalam menjalani

kehidupan agar dapat membentengi diri daripada keruntuhan moral.

P4 sebagai remaja perlu berusaha mengekalkan jati diri bangsa dan negara

P5 sebagai remaja perlu mejalani cara hidup yang sihat bersandarkan budaya

bangsa sendiri.

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan satu markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.

3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.

4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1 markah.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. Mudarat

a.Sesuatu yang merugikan/membahayakan:kerugian: bahaya

Selain Allah, tiadalah kuasa yang dapat mendatangkan mudarat

kepada manusia

b. tidak berhasil/gagal

Usaha kami semuanya mudarat.

c. berbahaya/rugi

Huraikan satu kaedah untuk membunuh kuman yang mudarat yang

ada dalam susu.

d. melarat (penyalit dan lain-lain)/bertambah payah-

contoh: makalah mudarat penyakit itu

ii. Muhibah

a. Percintaan,kasih mesra

Mereka melahirkan muhibah dan kasih mesra

b. Perasaan persahabatan dan kemesraan

Bersedekah ialah satu daripada amal kebajikan yang membawa kepada teguh rasa muhibah antara satu sama lain

iii. Mujarab

Terbukti keberkesanannya seperti dapat menyembuhkan penyakit

- Ubat yang dimakan bapa amat mujarab kerana sakit kepalanya sembuh dengan segera.

- Perbincangan pihak sekolah dengan ibu bapa merupakan langkah paling mujarab untuk menangani masalah ponteng sekolah pelajar

iv. Mujarad

Tidak nampak,tidak dapat dirasa, abstrak

Unsur-unsur abstrak amat jelas dalam sajak-sajak ciptaan penyajak terkenal itu.

v. Musibah

a.Bencana,celaka, malapetaka,bala

-Janganlah kamu mencari musibah dengan melanggar perintah Allah SWT.

b. Kata makian

Ah, musibah betul mereka !

-

vi. Mustajab

a. Berjawab atau dimakbulkan doa /memakbulkan ,memperkenankan

-Ibu bapa dilarang berdoa yang tidak baik kerana doa mereka makbul

b. Mujarab

-Tindakan yang paling mustajab untuk menangani masalah jerebu ialah tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim panas.

( 1 ayat = 1 markah )

( 6 markah )

(b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti jenis-jenis ayat-ayat tersebut.

i. Siapakah nama kamu?

AYAT TANYA

ii. Mereka menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas.

AYAT PENYATA

iii. Siapkan latihan yang diberi sekarang juga!

AYAR SERU

iv. Anda sudah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru?

AYAT TANYA

v. Kami mendukung sepenuhnya misi 1Malaysia.

AYAT PENYATA

vi. Semua peserta seminar dipersilakan masuk ke dalam dewan sekarang.

AYAT PERINTAH/AYAT SILAAN

( 1 jawapan= 1 markah )

( 6 markah )

Pertahian Soalan 3b dan 3 d

Tidak senaraikan kesalahan hanya beri jawapan = ½ markah setiap satu

jawapan yang betul

Senaraikan kesalahan tetapi tidak beri jawapan = 0 markah

Salin semula ayat = ditolak 50% daripada keseluruhan jawapan

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

i. Semua ahli keluarga menyetujui untuk mengadakan acara sendiwara pada Hari Ibu Bapa nanti .

ii. Semua penompang diminta oleh pihak pengurusan lapangan terbang agar berkumpul di balai perlepasan sejam sebelum waktu berlepas.

iii. Sudah menjadi rasmi ayam jantan akan berkokok menjelangi waktu pagi dan tengah hari.

Jawapan

Bil

Kesalahan imbuhan

Pembetulan

Kesalahan ejaan

Pembetulan

1

menyetujui

bersetuju

sendiwara

sandiwara

2

perlepasan

pelepasan

penompang

penumpang

3

menjelangi

menjelang

rasmi

resmi

( 6 markah )

(d) d) Dalam perenggan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa daripada petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

Kecerlangan budi bahasa amat dititikberatkan oleh golongan dewasa sehingga tercipta pelbagai bahasa kiasan yang menggambarkan keperluan budi bahasa. Namun begitu, sikap luhur ini dilihat semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutama dalam golongan remaja. Para remaja lebih gemar menggunakan bahasa yang keras apabila berbual-bual malah terbawa-bawa apabila bercakap dengan orang dewasa. Oleh sebab itu, menteri perdana telah melaksanakan kempen tentang budi bahasa bagi menyedarkan masyarakat mengenai amalan yang semakin tersisih ini.

Jawapan

Kesalahan penggunaan kata atau istilah

i. keperluan - kepentingan

ii. sikap - sifat

iii. keras - kasar

Kesalahan tatabahasa

i. Para remaja - Remaja/ Golongan remaja

ii. Menteri perdana - perdana menteri

iii. bagi - untuk

Perhatian bagi soalan 3(e)

1. Peribahasa mesti lengkap

2. Jika calon mengemukakan lebih daripada satu peribahasa, pilih

peribahasa yang paling tepat.

3. Tambah perkataan pada peribahasa, maksud masih betul – diterima.

4. Peribahasa tidak lengkap / terbalik – 0 markah.

5. Salah ejaan/tatabahasa, tolak ½ markah bagi markah keseluruhan.

(e) Baca dan isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa-peribahasa yang sesuai dan betul. Anda tidak perlu menyallin semula petikan tersebut.

Konsep 1MALAYSIA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia demi perpaduan rakyat Malaysia. Beliau mahu rakyat Malaysia hidup bersatu padu dalam segala hal umpama kata peribahasa Melayu ......................... (i) .................................................. . Rakyat Malaysia perlu faham bahawa para pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keharmonian negara ; tanggungjawab tersebut bagai ......................... (ii) ................................................. . Oleh sebab itu rakyat Malaysia perlu hidup bermuafakat seperti ........................... (iii) ...................................... agar negara terus aman.

( 6 markah )

i. Seikat bagai sireh, serumpun bagai serai.

Seliang bagai serai, sejunjung bagai sireh

ii. Beban berat senggulung batu

iii. aur dengan tebing

( 1 peribahasa= 2 markah )

Soalan 4 : Novel

15 markah

Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Markah isi maksimum 4 markah.

(iv) Markah bahasa maksimum 3 markah.

(v) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 3 markah

Sederhana : 2 markah

Lemah : 1 markah

(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.

(b) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Markah isi maksimum 6 markah.

(iv) Markah bahasa maksimum 2 markah

(v) Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 2 markah

Lemah : 1 markah

(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.

(a) Persoalan yang terdapat dalam novel ialah:

(i) Persoalan kegigihan mencari ibu

· Fuad berusaha mencari kubur ibu kandungnya Mariana sehingga dia sanggup pergi ke Sungai Ruan untuk menyelidiki di mana kubur ibunya.

(ii) Persoalan bertanggungjawab

· Fuad bertangung jawab menziarahi keluarganya Peter Lim dan Swee Lan yang membelanya sejak kecil.

· Fuad membawa buah tangan seperti baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau.

(iii) Persoalan pengorbanan

· Pengorbanan Fuad menjalani kehidupan bersama-sama keluarga angkat setelah mendapati dirinya muslim.

(iv) Persoalan kepentingan pendidikan

· Farhana merangka program pendidikan untuk pelajar Sekolah Menengah Seri Setia.

· Cikgu Abas, Penolong Kanan 1 berusaha mencari guru bahasa Inggeris kerana pelajar di sekolahnya lemah dalam bahasa Inggeris.

Terima mana-mana dua persoalan dan huraian – 4 markah

(b) Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni dan boleh dicontohi

· Peristiwa Fuad mencari siapa ibu kandungnya. Fuad berusaha menjejaki ibu kandungnya sehingga pergi ke Sungai Ruan bagi menyelidiki di mana kubur ibunya. Peristiwa ini menunjukkan nilai kegigihan seorang anak yang berusaha mencari ibunya.

· Peristiwa Fuad menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia Fuad menerima tawaran Cikgu Abas untuk menjadi guru bahasa Inggeris kerana memikirkan kepentingan pelajar apabila mendapati pelajar di situ lemah bahasa Ingeris. Peristiwa ini menunjukkan nilai bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat.

· Peristiwa Fuad melawat keluarga angkatnya di Raub, Pahang. Setelah lama merajuk akhirnya Fuad pergi ke rumah Peter Lim dan Swee Lan. Fuad membawa balik buah tangan seperti baju untuk bapanya baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau. Peristiwa ini menun jukkan nilai kasih sayang terhadap keluarga

Terima mana-mana tiga peristiwa dan huraian – 6 markah

No comments:

Post a Comment

Post a Comment