SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Thursday, May 16, 2013

karangan SPM 2013


Karangan A - Bahan Rangsangan
  • Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
     
  • Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.
     
  • 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.
     
  • Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
     
  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
     
  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan
 
a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang
    diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan,
    graf, carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.
    Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus
    dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
    20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah
    dengan baik.
f.  Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
    (anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah
    perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang
    dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

a.  Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.
b.  Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi
     tersirat.
c.  Perenggan mesti kemas dan sesuai.
d.  Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.
e.  Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.
f.   Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
g.  Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
h.  Gunakan peribahasa, cogan kata atau  ungkapan yang menarik.
i.   Gunakan penanda wacana yang sesuai.
j.   Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
k.  Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
l.   Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.


Kriteria Pembahagian Markah

a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang
    diberikan sama ada relevan atau tidak.
b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi
    haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.
c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan
    keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran.
d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan
    kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan
    kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.


Aspek-aspek Yang Dinilai

a.  Karangan menepati tema bahan rangsangan.
b.  Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi
     dikembangkan.
c.  Ejaan dan struktur ayat.
d.  Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
e.  Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
f.   Pendahuluan atau pengenalan.
g.  Penutup atau kesimpulan karangan.
h.  Tulisan yang jelas.
i.   Pemerengganan.
j.   Kesantunan bahasa.


Kelemahan Calon

a. Pengenalan tidak menarik.
b. Isi tidak menepati tema.
c. Isi tidak dihuraikan.
d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
f.  Banyak kesalahan ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i.  Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
j.  Isi yang diulang-ulang.
k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
l.  Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.


ANALISIS KEKERAPAN
SOALAN KOMSAS DALAM KERTAS 2 BMSPM - TEKS BAHARU
(Mulai Nov 2011)

 
CERPEN
N11J12N12
 
Tingkatan 4:
   
1
Ibu dan Ceper
   
2
Memori Seorang Tua
   
3
Israk
   
4
Pemain Catur
   
5
Mellisa
   
6
Biarkan Samudera
   
 
Tingkatan 5:
N11J12N12
1
Pahlawan Buntung
   
2
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
 X 
3
Idola
   
4
Penanggungan 
   
5
Hutan Rimba
  X
6
Tanggar Amanat
   
 
DRAMA
N11J12N12
 
Tingkatan 4:
   
1
Gelanggang Tuk Wali
   
2
Forum Remaja 2020
   
3
Cempaka Berdarah
X  
 
Tingkatan 5:
   
1
Tiang Cengal Dinding Sayung
   
2
1400
   
3
Dato' Onn
   
 
PROSA KLASIK
N11J12N12
 
Tingkatan 4:
   
1
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
   
2
Merah Silu
  X
3
Hikayat Indera Nata
   
4
Hikayat Khoja Maimun
 
Tingkatan 5:
   
1
Hikayat Langlang Buana
   
2
Hikayat Siak
 X 
3
Dua Geliga Hikmat
X  
4
Hikayat Opu Daeng Menambun
   
 
PUISI TRADISONAL
N11J12N12
 
Tingkatan 4:
   
1
Pantun Empat Kerat (Budi)
   
2
Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)
   
3
Syair Definisi Orang Berakal
   
4
Syair Siti Sianah
5
Gurindam 12 Fasal yang Keenam
   
6
Seloka Emak Si Randang
   
 
Tingkatan 5:
   
1
Pantun Enam Kerat
X  
2
Pantun Lapan Kerat
   
3
Syair Makna Riak
   
4
Syair Pemberontakan Patani
   
5
Gurindam Tonggak Dua Belas
   
6
Seloka Si Luncai
   
 
SAJAK
N11J12N12
 
Tingkatan 4:
   
1
Harga Remaja
   
2
Di Perpustakaan
   
3
Mengintai Ruang Insaf
   
4
Mahsuri
   
5
Adat Sezaman
 X 
6
Tiba Waktunya
   
 
Tingkatan 5:
   
1
Dirgahayu Bahasaku
   
2
Kecek - (V)
3
Bangkitlah
X
4
Pasar Perasaan
5
Di Bawah Langit yang Sama
6
Arkitek Kota

No comments:

Post a Comment

Post a Comment