SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Tuesday, October 2, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 KERTAS 2 BAHASA MELAYU, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU



Description: C:\Users\User\Downloads\LOGO SSI.pngSMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR       
_______________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
                                  2012


1103/2  
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OKTOBER
2  ½ jam                                                                                                 Dua jam tiga puluh minit
  
   
                                                                                                                                                                                         
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.                  Kertas soalan  ini mengandungi empat soalan

2.                  Jawab semua soalan.

3.                  Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4

4.                  Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


_______________________________________________________________________.













Soalan 1 : Rumusan
 [30 markah ]
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan  disiplin.  Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.
            Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.  Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri.  Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.
            Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?  Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.  Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. .  Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri.
            Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.   Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif  yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri.  Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan.  Malahan, pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain.
            Peraturan sekolah yang menetapkan  para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa.  Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas.  Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan  berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.
            Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.  Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru.  Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar.  Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru?   Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
            Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang  seseorang pelajar dalam pelajarannya.  Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.  Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri,
Oleh Izani Hj. Daud,
Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA



SOALAN 2
( 35 Markah )

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

        i.            Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan  berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
( 2 markah )

      ii.            Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
( 3 markah )

    iii.            Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?
( 4 markah )


Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda )

TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

RIPIN:  Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

TUK WALI:  Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa.  Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan.  Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN: Petua yang mana, wak ?

TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.  Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.  Kalau hati belum pasti , jangan cemas.  Kalau belum mengenal, kenal dulu.

RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak.  Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!  Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!


        i.            Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?
( 2 markah )

      ii.            Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?
 ( 3 markah )

    iii.            Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan di atas  dan satu perwatakannya dalam drama tersebut.
( 4 markah )

Soalan 2(c)- Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan suaminya itu. Maka lalu ia pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya,  ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam ini? ” Maka diceterakannya perihalnya  ia berahi itu. Setelah Tiung itu mendengar kata Bibi Zainab maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, ” Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa, pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah takut akan Allah dan malu akan Nabi SAW.  Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala, ditegah Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan  menduakan suaminya bahawa sesungguhnya  dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insya-Allah Taala tuan yang laki-laki pun bangat cepat juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak tiadakah tuan malu dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini.”
(Dipetik daripada
’Hikayat Khoja Maimun’
 dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)                 Berikan maksud bangat cepat juga akan datang.
            [2 markah]
(ii)               Apakah yang dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?
[3 markah]
(iii)             Pada pendapat anda, bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?
[3 markah]

    
Soalan 2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR SITI SIANAH

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat persolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.





Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi,


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham(Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009


(i)                 Berikan maksud rangkap,
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah
[3markah]

(ii)               Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang berperibadi mulia ?                                                                   
[3 markah]

(iii)             Jelaskan TIGA  pengajaran yang terdapat dalam syair ini?                                
[4 markah]


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

a.      Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                                            i.            negara bangsa
                                          ii.            runding cara
                                        iii.            alam semula jadi
                                        iv.            paparan cecair kristal
                                          v.            segi empat tepat
                                        vi.            warisan budaya bangsa
( 6 markah )

b.      Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

                                i.            Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
                              ii.            Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
                            iii.            Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
                            iv.            Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.

                              v.            Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
                            vi.            Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
( 6 markah )



c.             Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                                i.            Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.

                              ii.            Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.

                            iii.            Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.

[6 markah]
     
 
d.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.

(ii)           Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.

(iii)          Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.
[6 markah]



(e)    Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang
     sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini

besesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................
 [6 markah]
       
Soalan 4- Novel
( 15 markah )

Berdasarkan novel  Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab semua soalan-soalan berikutnya

a.       Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.
 ( 7 markah )

b.      Huraikan tiga latar masa dan 3peristiwa penting yang berlaku pada setiap latar masa  tersebut.
( 8 markah )


---------------------- kertas soalan tamat -------------------------------

No comments:

Post a Comment