SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Monday, October 10, 2011

PROGRAM JAWAKHIR 2011 NEGERI JOHOR -BAHASA MELAYU 2- NOVEL MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITANA MELAYU 2

1.NOVEL 5: DIMURNIKAN OLEH PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL

SET 1 : PERSOALAN NOVEL

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan persoalan tanggungjawab bagi setiap novel. ( 8 markah )

Cadangan Jawapan Set 1:

Melunas Rindu

Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia dengan baik walaupun dia hanya seorang guru sandaran.

Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Farhana segera mengambil cuti dan pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.

- Tanggungjawab sebagai anak

Fuad menghantar ibunya Mariana dan kedua-dua orang ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.

- Tanggungjawab sebagai bapa

Pak Ismail seorang bapa angkat yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.

Kabus di Perbukitan

1.Tanggungjawab memelihara alam sekitar
Soleh Johnson mengusahakan sebuah kawasan peranginan berkonsepkan alam semula jadi di Lojing, tanpa menebang pokok-pokok balak jenis merbau dan tualang serta pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highland

2. Tanggungjawab terhadap keluarga

Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara dari Bukit Kutu ke Sungai Dua untuk mencari anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan berdekatan Bukit Fraser/ketika dalam perjalanan menuju ke Raub walaupun sudah lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah ).

3.Tanggungjawab ibu bapa memberi didikan agama

Soleh Johnsons dan Faridah seorang Muslim yang kuat pegangan agama. Anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

4. Tanggungjawab mengekalkan jati diri bangsa asal/keturunan asal

Faridah menerapkan budaya atau cara hidup orang Melayu terhadap anaknya Anne dan Mellina. Faridah sering memasak makanan orang Melayu seperti kari dan pecal. Anne meminta ibunya, Faridah memasak kari kerana sudah lama tidak menikmati makanan tersebut
(1. Melina teringat masakan pecal ibunya ketika dia tinggal di Terengganu mengikut suaminya Benny bekerja di di situ.

2. Faridah sering bercerita tentang kampong halamannya di Sungai Besar/ Malaysia . Ketika Melina tinggal di Terengganu dia bertanya jirannya tentang lokasi Sungai Besar .

3. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya iaitu Idah, walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand

4. Faridah sentiasa mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet )

SET 2 : PERSOALAN NOVEL

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup jelas dipaparkan oleh pengarang.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang mengandungi persoalan tersebut. ( 8 markah )

Cadangan jawapan set 2:

Melunas Rindu

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup.

Sebagai contohnya, dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adiknya sendiri yang berlainan bapa.

Setelah kematian Sofia, Mak Salmah benci akan Fuad. Mak Salmah tidak melayan Fuad dengan baik. Fuad tetap cuba mengambil hati Mak Salmah dengan membantu mencarikan kayu api dan dan menyapanya setiap kali bertemu. Fuad tetap tabah dengan karenah Mak Salmah.

Kabus di Perbukitan

Faridah tetap tabah walaupun mengalami nasib malang yang bertimpa-timpa. Setelah pemergian Rahayu, ibunya pula meninggal dunia sesudah sekian lama menderita masalah kesihatan. Suaminya, Ghazali meninggal tidak lama selepas itu setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.

Rahayu begitu tabah menghadapi penyakit kanser.

Walaupun terpaksa menerima rawatan kimoterapi yang menyakitkan dia tetap tabah.

Salmah tabah membesarkan Faridah dan Rahayu selepas berpisah dengan suaminya Mejar Kamaruddin. Salmah menjual pisang goreng di Pantai Haji Dorani, Sungai Besar.

Melina tabah menghadapi berita kehilangan Benny . Dia memandu seorang diri ke Cameron Highlands untuk berjumpa keluarganya walaupun sedang sarat mengandung.

SET 3 : PERSOALAN NOVEL

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut. ( 8 markah )


Cadangan jawapan Set 3 :

MELUNAS RINDU

Tanggungjawab terhadap tugasnya

Fuad tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Taat kepada agama

Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Tabah menghadapi cabaran hidup

Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

Tanggungjawab terhadap keluarga

Fuad sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.

Memberi pertolongan kepada yang memerlukan

Fuad membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan

Fuad dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas.

Mengenang budi

Fuad membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Menghormati orang yang lebih tua

Fuad menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara.

KABUS DI PERBUKITAN:

a. Sayang akan bangsa dan tanah air
Faridah amat menyayangi tempat asalnya Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.

b. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak
Perpisahan Salmah dengan Kamaruddin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun

c. Kasih sayang seorang ibu
Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun.

d. Pelestarian alam semula jadi
Soleh Jonhson mengusahakan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

e. Taat kepada agama
Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun.

f. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut
i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang ) penuh berhemah dan berlemah lembut.

g. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam
i· Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif .

h. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian
Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani.

i. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian
Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

j. Perkahwinan campur pelbagai bangsa
Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab. Anne berkahwin dengan Zain berbangsa Melayu

2. NOVEL SET 1


Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa... ( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusuf

(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood

(iii) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(v) Interlok karya Abdullah Hussain

(vi) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a) Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .

( 7 markah )

NOVEL MELUNAS RINDU

JAWAPAN

1. Danau Seberang

Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.

Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.

2. Di surau, Danau Seberang

Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia

Fuad berkhidmat sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.

4. Rumah Peter Lim di Sungai Ruan

Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.

Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup. Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya .

Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya

5. Perkampungan Felda Lembah Klau

Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.

Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah Bentong.

6. Kampung Sedili – terletak di Kuala lipis

Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

7. Kawasan Perumahan Taman Mas, Kuantan

Terletaknya rumah Farhana dan di sinilah Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana

8. Taman Syahbandar

Di sinilah letaknya sebuah restoran yang bernama Restoran Terapung Taman Syahbandar. Fuad makan bersama-sama dengan Farhana di restoran ini bagi meraikan hari lahir Farhana.

9. Rumah Cikgu Zamani

Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat

Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.

Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu

Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana

10. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.

11. Lapangan Terbang KLIA

Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.

Robert Lim turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka

KABUS DI PERBUKITAN

1. Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia

Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.

Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.

2. Bukit Fraser

Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.

Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.

3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.

Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung

Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi

( bawah sedar)

Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma

Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma

4. Di Bukit Kutu

Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal

Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.

5. Di Perkampungan Orang Asli Temuan

Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik

6. Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu

Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Mereka telah diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti.

7. Sungai Besar, Selangor

Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin

Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.

Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar

8. Rosewood, Christchurch

Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)

Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh.

Pusat penternakan kambing biri-biri

9. Auckland, New Zealand

Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan

Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean. Pertemuan ini telah membawa mereka ke jinjang pelamin

10. Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Melina dan Benny menginap di hotel mewah ini setelah tiba dari new Zealand kerana Benny mempunyai urusan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Operasi Syarikat Al-Jabbar

11. Marang, Terengganu

Tempat tinggal Melina dan Benny selama 2 tahun

Banglo Melina di hadapan pantai Marang. Melina suka akan pemandangan laut kerana cuacanya lebih nyaman dan banyak menghabiskan masanya dengan melukis.

Tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

12. Kampung Parit 13

Tempat tinggal Azrul dan di sinilah Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian

13. Cameron Highlands

Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)

Tempat pertemuan semula Faridah dengan Datuk Azrul (Teman sekuliah Rahayu).

Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwinan antara Anne dan Zain

Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons

14. Tanah Tinggi Loging

500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi

15. Di Emirate Hotel, Dubai.

Melina dan Soleh Johnson ke sini untuk menemui Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.



3.NOVEL SET 3

Soalan 4 : Novel

( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-

(i) PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Interlok karya Abdullah Hussain

a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan novel yang anda kaji

( 7 markah )

Set 2

Soalan 4 : Novel

( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-

(i) PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Interlok karya Abdullah Hussain

a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji

( 7 markah )

Set 3

Soalan 4 : Novel

( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-

(i) PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Interlok karya Abdullah Hussain

b) Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita dalam novel-novel tersebut.

( 8 markah )

Jawapan Set 1

Novel M. Rindu

a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

- Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.

- Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak. Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

- Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.

- Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.

Novel Kabus Di Perbukitan

a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

- Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit Kanser.

- Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung.

Jawapan Set 2

Novel M. Rindu

a) Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:

- Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.

- Peristiwa di lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang. mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Dia mungkin akan menyusul kemudian

Novel Kabus di Perbukitan

a) Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:

b)

- Peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.

- Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons di New Zealand. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.

- Peristiwa di lojing Cameron Highland. Faridah dan Datin Aishah sering menghantar juadah masakan atau mempelawa mereka makan bersama-sama. Kadang kala mereka masak bersama-sama hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.

Jawapan Set 3

Novel M. Rindu

b) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

- Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.

- Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak. Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

- Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.

- Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.

Novel Kabus Di Perbukitan

b) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

- Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit Kanser.


4. NOVEL SET 4



SET 1

(NILAI & PENGAJARAN)

(a) Berdasarkansebuah novel yang andapelajari, jelaskanduaperistiwa yang dapatdikaitkandengannilai-nilaikemanusiaan. [7 markah]

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang sayakajiialahNovel MelunasRindu.

Peristiwapertamayang dapatdikaitkandengannilaikemanusiaanialahperistiwaFuadmembelikansebidangtanahdanmotosikaluntukbapaangkatbercucuktanamdanmemudahkanpergerakannya. PeristiwainidapatdikaitkandengannilaikasihsayangFuadterhadapbapaangkatnya.

PeristiwakeduaialahperistiwaFarhanaberanimenegurkeculasanCikguZamaniwalaupunCikguZamanilebihtuadanlebihberpengalamandaripadanya. Peristiwainijelasmenunjukkannilaikeberanian yang adapadaFarhanadalammenegurperbuatanrakansekerjanya.

PeristiwaketigaialahperistiwaFuad yang bersediamemikultanggungjawabnyasebagaiabangkepadaFarhanadanadik-adiknyasetelahmengetahuiibuFarhanaialahibukandungnya. Nilaikemanusiaan yang terdapatdalamperistiwainiialahnilaitanggungjawababangterhadapadik-adiknya yang berlainanbapa.

Peristiwa yang seterusnyaialahperistiwaFarhanadanFuad yang seringbekerjasamauntukmeningkatkanpencapaiananakdidikmerekadalambahasaInggeris. Peristiwainijelasmenunjukkannilaikerjasama yang wujuddalamwargapendidikuntukmeningkatkanprestasianak-anakdidikmereka.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang sayakajiialahNovel Kabus Di Perbukitan.

Peristiwapertamayang dapatdikaitkandengannilaikemanusiaanialahperistiwaSalmah yang amatmenyayangianaknyaRahayusehinggaseringterkenang-kenangakanRahayu yang sudahmeninggalduniaakibatkanser. PeristiwainidapatdikaitkandengannilaikasihsayangibuiaituSalmahterhadapanaknya, Rahayu.

PeristiwakeduaialahperistiwaFarhanagigihmenjalanihidupselama 25 tahun di New Zealand tanpapulangke Malaysia setelahberkahwindenganSoleh Johnson. Peristiwainijelasmenunjukkannilaikegigihan yang adapadaFaridahdalammenjalanikehidupan di rantau orang.

Peristiwaketigaialahperistiwa Melina beranimemanduseorangdiridariMarang, Kuala TrengganukeCameron Highlandsuntukbertemuibunya, Faridah. Nilaikemanusiaan yang terdapatdalamperistiwainiialahnilaikeberanian.

Peristiwa yang seterusnyaialahperistiwaDatukAzrulmembuatkeputusan yang bijakapabilamenceburibidangpertanianselepastamatpengajiandari UPM. Peristiwainijelasmenunjukkannilaikebijaksanaandalammembuatkeputusan.

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN

SET 1

(b) Berdasarkanduabuah novel yang telahandapelajari, jelaskannilaikasihsayangyang terdapatdalamsetiapnovel . [8 markah]

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahnovelMelunasRindudandalamtingkatan lima ialahnovelKabus di Perbukitan.

Nilaikasihsayang yang terdapatdalamnovel MelunasRinduialahkasihsayangseoranganakterhadapibudanbapaangkatnya. Contohperistiwa yang memaparkannilaikasihsayangtersebutialahFuad yang menyayangi Pak Ismail danMaksalmah. FuadtelahmembelikantanahdaripadaAwangSojardanditukarmilikkepada Pak Ismail. Fuadjugamembawaibudanbapaangkatnyamenunaikanumrah.Manakalanilaikasihsayangdalam novel Kabus di Perbukitanpula ialahkasihsayangantaraibudengananak. Sebagaicontoh, Faridah yang begitumenyayangikedua-duaanaknyadengansentiasaberusahamemenuhipermintaananak-anaknya, terutama yang melibatkanpenyediaanmakanandandidikan agama untukanak-anaknya, Anne danMelina.

Nilaikasihsayangkeduadalam novel MelunasRinduialahkasihsayangseoranganakterhadapibukandung. Buktinya, FarhanasegerapulangkeKuantansetelahmengetahuiibunyadimasukkanke hospital keranasakitlelahdansangguptidur di hospital untukmenjagaibunya. Manakaladalam novel Kabus Di Perbukitan, kasihsayangibuterhadapanaktirinyaRahayu yang dianggapsepertianakkandungnyasendiri. Buktinya, peristiwaHamidahsegerabersetujudengansaranandoktorsupayaujianbiopsidilakukanterhadapRahayu yang mungkinmenghidapkanseruntukmengesahkannyadansupayaRahayucepatsembuh.

NOVEL MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN

SET 2

(a) Berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut? [7 markah]

Novel MelunasRindu

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindu.

Pengajaran pertama ialah kita hendaklah patuh pada perintah Tuhan. Sebagai contoh Fuad ke surau untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran dengan Pak Ismail.

Pengajaran kedua ialah kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh, Fuad pergi ke rumah bapa saudaranya yang berlainan agama, iaitu Peter Lim dan berjanji menanggung belanja persekolahan anak-anaknya, iaitu Ah Soh dan Mei Lin.

Pengajaran seterusnya ialah kita mesti menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima realiti bahawa mereka ialah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat.

Novel Kabus Di Perbukitan

Novel yang sayakajidalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.

Pengajaran pertama ialah kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka. Sebagai contoh, Azrul dapat menerima takdir kematian Rahayu yang menghidap penyakit kanser.

Pengajaran kedua ialah kita hendaklah berhati-hati memilih kawan. Sebagai contoh, Benny berkawan dengan Mohamed Attar terpaksa menyembunyikan diri kerana kawannya itu terlibat dalam aktiviti keganasan.

Pengajaran seterusnya ialah sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama. Sebagai contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN

SET 2

(b) Nilai kegigihan ialah nilai murni yang sering dipaparkan oleh penulis novel dalam karya mereka.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kegigihan daripada setiap novel itu. [8 markah]

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindudandalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.

Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat nilai kegigihan seorang anak mencari ibunya. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mencari ibunya sehingga berjumpa, setelah mengetahui bahawa ibu kandungnya masih lagi hidup. Berkat kegigihan Fuad, akhirnya dia bertemu semula dengan ibunya yang dicarinya selama ini.Manakala berdasarkan novel Kabus di Perbukitan terdapat nilai kegigihan melakukan sesuatu perkerjaan. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.

Nilai kegigihan yang kedua dalam novel Melunas Rinduialah nilai kegigihan seorang saudara baru dalam mendalami agama Islam. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mendalami agama Islam dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitanialahnilai kegigihan seorang wanita meneruskan kehidupan di rantau orang. Nilai ini terdapat pada watak Faridah yang gigih menjalani kehidupan di New Zealand.


NOVEL MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN

SET 3

(a) Terdapatpelbagaipengajaranyang dipaparkandalamsesebuah novel.

Huraikanduaperistiwa yang dapatmemberikanpengajarankepadaandaberdasarkansatu

novel yang telahandapelajari. [7 markah]

Novel MelunasRindu

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindu.

Peristiwa pertama yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Fuad yang tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai muslim dengan rajin bersolat berjemaah dan tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam keadaan bermusafir. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana sebagai muslim kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dan tidak mengabaikan ajaran agama walaupun apa-apa keadaan sekalipun.

Peristiwa kedua yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Fuad yang telah membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik walaupun hari telah larut malam. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana sebagai manusia kita hendaklah saling membantu sesama insan apabila mereka memerlukan pertolongan.

Peristiwa ketiga yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Fuad yang begitu tabah menghadapi kemarahan Mak Salmah dan penduduk kampung. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana sebagai manusia kita hendaklah tabah menghadapi hidup yang penuh cabaran dan dugaan yang hebat.

Novel Kabus Di Perbukitan

Novel yang sayakajidalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.

Peristiwa pertama yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Salmah yang sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anaknya, Faridah setelah Kamarudin meninggalkan mereka. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana walaupun Salmah ibu tunggal, dia tetap bertanggungjawab menjaga anaknya walaupun hidupnya susah setelah ditinggalkan oleh suaminya.

Peristiwa kedua yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana walaupun Faridah telah menetap selama 25 tahun di bumi Kiwi, dia tetap mengamalkan dan tidak melupakan budaya bangsa Melayu.

Peristiwa ketiga yang memberikan pengajaran kepada saya ialah peristiwa Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada saya kerana sebagai seorang siswazah, janganlah kita terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN

SET 3

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [8 markah]

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindudandalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.

Satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam novel Melunas RinduialahFarhana berani menegur Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas tuisyen walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai keberanian dalam menegur perbuatan rakan sekerja yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

Manakala berdasarkan novel Kabus di Perbukitanialah peristiwa Faridah yang berani merebut peluang untuk berkursus di New Zealand seorang diri seterusnya menetap di sana selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnson. Peristiwa ini jelas menunjukkannilai keberanian menjalani kehidupan seorang diri di bumi asing.

NOVEL KABUS DIPERBUKITAN – TINGKATAN LIMA

WATAK UTAMA :

Set 1

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.

(7 markah)

Skema Jawapan :

i. Cabaran berpisah dengan ahli keluarga.

Setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

ii. Cabaran menghadapi kehilangan orang tersayang

Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser, selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan.

iii. Cabaran hidup seorang diri di bumi asing

Setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

iv. Cabaran putus tunang

Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia ditimpa kemalangan.

NOVEL MELUNAS RINDU TINGKATAN EMPAT:

Cabaran watak utama:

i. Cabaran sebagai saudara baru

Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.

ii. Cabaran mencari ibu kandungnya

Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.

Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayang

Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

v. Cabaran dalam kerjaya

Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik

Set 2

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan keistimewaan yang dimiliki oleh watak utama.

(7 markah)

SKEMA JAWAPAN :

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN LIMA

i. Watak utama mempunyai jati diri yang tinggi

Faridah sanggup pulang semula ke Malyasia setelah 25 tahun menetap di New Zealand bersama keluarganya kerana perasaan rindu yang mendalam terhadap kampung halamannya di Sungai Besar. Selain itu, Faridah berjanji akan tetap mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia.

ii. Watak utama sangat prihatin kepada kanak-kanak istimewa

Sebagai contoh, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal dianggap sebagai satu ibadah.

iii. Watak utama seorang yang tabah

Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka sentiasa merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu dipelihra oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

iv. Watak utama seorang yang gigih

Faridah telah mengikuti Kursus ‘Comunitty services for Disable People’ selama enam bulan di New Zealand untuk meningkatkan ilmu dalam kerjayanya. Faridah gigih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang begitu asing baginya.

v. Watak utama seorang yang penyayang

Faridah amat menyayangi ahli keluarganya. Sebagai contoh, Faridah tetap tinggal bersama ibunya, Salmah walaupun telah berkahwin dengan Ghazali kerana dia ingin menjaga ibunya yang kurang sihat akibat terlalu merindui arwah anaknya Rahayu.

vi. Watak utama seorang yang rasional

Faridah merupakan seorang yang rasional kerana dapat menerima hakikat kehilangan ahli keluarganya iaitu Rahayu, ibunya dan suaminya, Ghazali akibat ditimpa kemalangan jalan raya.

vii. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama dan perintah Tuhan

Watak utama tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand. Mereka menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Anne dan Melina mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan membaca Yasin.

NOVEL MELUNAS RINDU TINGKATAN EMPAT

i. Watak utama seorang yang gigih

Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad telah ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia.

ii. Watak utama seorang yang tabah

Fuad tabah menerima hakikat bahawa gadis yang dicintai, Farhana merupakan adik kandungnya. Oleh itu, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk memperisterikan Farhana.

iii. Watak utama seorang yang bertanggungjawab

Fuad merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

iv. Watak utama sebagai seorang yang mengenang jasa

Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya sebagai membalas jasa Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan memelihara setelah dia memeluk agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin sebagai membalas jasa apak dan mama yang telah memeliharanya selama ini.

v. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama

Sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji al-Quran dengan pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung.

vi. Watak utama sebagai seorang yang suka membantu

Fuad membantu Farhana merancang Program ‘Mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad turut membantu menghantar anak Borhan yang mengalami deman panas dengan ikhlas walaupaun pada waktu malam.

vii. Watak utama sebagai seorang yang mengambil berat

Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad bergegas ke Kuantan apabila mengetahui Farhana dalam kesusuhan kerana ibunya sakit


Set 3

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan persamaan watak utama dengan memberi contoh yang sesuai.

(8 markah)

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN LIMA

Persamaan watak utama :

i. Watak utama sangat prihatin terhadap kanak-kanak istimewa

Sebagai contoh, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal merupakan satu ibadah.

ii. Watak utama seorang yang tabah

Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Salmah manakala Rahayu dipelihra oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

iii. Watak utama seorang yang gigih

Faridah telah mengikuti Kursus ‘Comunitty services for Disable People’ selama enam bulan di New Zealand untuk meningkatkan ilmu dalam kerjayanya. Faridah gigih menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

iv. Watak utama seorang yang penyayang

Faridah amat menyayangi ahli keluarganya. Sebagai contoh, Faridah tetap tinggal bersama ibunya, Salmah walaupun telah berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menjaga ibunya yang kurang sihat akibat terlalu merindui arwah anaknya Rahayu.

v. Watak utama seorang yang rasional

Faridah merupakan seorang yang rasional kerana dapat menerima hakikat kehilangan ahli keluarganya iaitu Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya, Ghazali akibat ditimpa kemalangan jalan raya.

vi. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama dan perintah Tuhan

Watak utama tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand. Mereka menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Anne dan Melina mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan membaca Yasin.

viii. Watak utama seorang yang gigih

Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad telah ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia. Oleh itu, dia menerima cadangan apak dan mamanya agar Fuad mendapatkan gambar dan cincin perkahwinan daripada Robert Lim bagi memudahkan pencariannya.

ix. Watak utama seorang yang tabah

Fuad tabah menerima hakikat bahawa gadis yang dicintai, Farhana merupakan adik kandungnya. Oleh itu, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk memperisterikan Farhana.

x. Watak utama seorang yang bertanggungjawab

Fuad merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

xi. Watak utama sebagai seorang yang mengenang jasa

Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya sebagai membalas jasa Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan memelihara setelah dia memeluk agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin sebagai membalas jasa apak dan mama yang telah memeliharanya selama ini.

xii. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama

Sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji al-Quran dengan Pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung.

xiii. Watak utama sebagai seorang yang suka membantu

Fuad membantu Farhana merancang ‘Program Mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad turut membantu menghantar anak Borhan yang mengalami deman panas dengan ikhlas ke klinik walaupaun pada waktu malam.

xiv. Watak utama sebagai seorang yang mengambil berat

Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad mengambil berat terhadap anak muridnya yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad bergegas ke Kuantan apabila mengetahui Farhana dalam kesusuhan kerana ibunya sakit.

No comments:

Post a Comment