SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Friday, September 28, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012- SMK SULTAN ISMAIL


UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU 
Dan
PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR       
_______________________________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1103/2  
BAHASA MELAYU
Kertas 2
SEPTEMBER
2  ½ jam                                                                                                 Dua jam tiga puluh minit
  
   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.                  Kertas soalan  ini mengandungi empat soalan

2.                  Jawab semua soalan.

3.                  Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

4.                  Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


_______________________________________________________________________.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
                                                                  

Soalan 1 : Rumusan
 [30 markah ]
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah membasmi kemiskinan  dan implikasi-implikasi kepada rakyat negara ini.  Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.
Kemiskinan merupakan satu keadaan apabila berlaku kekurangan dalam keperluan hidup manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang secara langsung berkait rapat dengan kualiti hidup. Kemiskinaan juga bererti tiada akses seperti mendapat pendidikan dan pendidikan yang mampu mengatasi masalah tersebut. Memikirkan  soal kemiskinan merupakan masalah global maka kerajaan berhempas pulas mencari pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.  Antara tindakan kerajaan ialah penubuhan agensi-agensi kerajaan  seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Tindakan ini perlu kerana kesan yang dihasilkan mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.  Seterusnya , menarik lebih ramai pelabur asing melabur  di negara ini.
Sehubungan dengan itu pelbagai program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 1970 melalui tiga bidang utama iaitu agropolitan, pendidikan dan dan keusahawanan  .  Melalui bidang agropolitan,  beberapa projek pertanian seperti penanaman nanas dan getah dilaksanakan telah berjaya meningkatkan pendapatan  petani daripada RM500.00 kepada RM2,500.00 sebulan. Selain itu, para peserta projek ini diberi saham bagi penanaman getah yang membolehkan mereka menerima dividen tahunan jika projek berjaya mendapat keuntungan. Berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan pihak kementerian sedang giat melaksanakan empat lagi projek agropolitan bagi membasmi kemiskinan.
Melalui bidang pendidikan, 70 peratus pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  di seluruh negara dipilih daripada golongan pelajar miskin dari luar bandar.  Sementara itu, 53,000 orang pelajar institusi pengajian tinggi yang dipilih daripada anak-anak luar bandar ditaja oleh MARA sama ada di dalam atau di luar negara.  Selain itu, program pembasmian kemiskinan turut dilakukan dalam bentuk pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas.  Golongan miskin perlu menggunakan pelbagai kemudahan ini untuk mencari jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Antara usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga yang melibatkan 7.000 keluarga miskin.  Bagi penduduk miskin di bandar-bandar, kerajaan  melaksanakan program bantuan kebajikan , program bayaran sewa rumah dan rumah kos rendah bernilai antara RM21,500 hingga RM35,000 seunit . Kerajaan juga menyediakan bantuan modal untuk golongan miskin berniaga kecil-kecilan di rumah masing-masing. Sementara itu, pihak RISDA berusaha meningkatkan pendapatan pekebun getah melalui pewujudan pelan pelaksanaan pembangunan keusahawanan pekebun kecil secara terancang , sistematik dan terselaras. Selain mengadakan rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negara.
Kesan daripada komitmen kerajaan yang serius menyebabkan , lebih banyak program pembangunan dapat dilaksanakan kerana fokus lebih baik boleh diberikan kepada perancangan membangunkan negara di peringkat global . Tegasnya usaha pembasmian kemiskinan di negara ini memang terbukti berjaya mengubah senario sosioekonomi negara .

Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana USAHA-USAHA MEMBASMI KEMISKINAN
Oleh Haji Samat bin Buang
Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM Jilid 3, 2012


Soalan 1 : Rumusan
Markah penuh 110 markah

Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a)          Isi                            -              20 markah
(b)          Bahasa                  -              10 markah

(a)                Isi (20 markah)

                Nota :
1.                   Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
-          nama khas
-          perkataan berulang
-          penggunaan kata depan di dan ke
-          tarikh
-          angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
-          gelaran

2.                   Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
               
3.                   Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

4.                   Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian
Markah
Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi Tersurat

4
5
6
7
8
9
10
11
12

16
(iii) Isi Tersirat

12
11
10
9
8
7
6
5
4
(iv) Penutup / Kesimpulan

2

Jumlah Markah
20


(a)                Bahasa (10 markah)
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut.

Peringkat
Markah Isi
Markah Bahasa
Huraian
Baik
18-20
15-17
9-10
7-9
-Kesinambungan isi baik
-Struktur ayat / tatabahasa baik
-Kosa kata luas
-Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana
12-14
8-11
6-7
4-6
-Kesinambungan isi masih masih baik
-Struktur ayat / tatabahasa masih
  memuaskan
-Kosa kata masih memuaskan
-Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah
1-7
1-4
-Pada keseluruhannya dalam serba
  kekurangan / tidak memuaskan

Nota :
(i)            Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii)           Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii)          Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun 
            jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv)         Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

                                                                                                    (Markah bahasa maksimum : 10 markah)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 – KERTAS 2
A.      SOALAN 1: RUMUSAN
Pendahuluan
1.    Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia/di negara ini.                  [2 m]
2.    Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif membasmi kemiskinan .    ( 1 markah )
3.    Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia/di negara ini dan implikasi-implikasinya/kesan-kesannya kepada  rakyat/masyarakat negara ini   ( 0 markah )



Isi tersurat

S1.   penubuhan agensi-agensi kerajaan  seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan Amanah Ikhtiar Malaysia. [2 m]
S2.  pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui tiga bidang      utama iaitu agropolitan, pendidikan dan dan keusahawanan  .  [2 m]

S3.   para peserta projek ini diberi saham bagi penanaman getah yang membolehkan mereka menerima   dividen tahunan jika projek berjaya mendapat keuntungan .          [2 m]

S4.   Melalui bidang pendidikan, 70 peratus pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  dipilih daripada golongan pelajar miskin dari luar bandar.               [2 markah ]

 S5  53,000 orang pelajar institusi pengajian tinggi yang dipilih daripada anak-anak luar bandar ditaja oleh MARA sama ada di dalam atau di luar negara.                    [2 m]

S6     membasmi kemiskinan ialah menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 1Azam (Akhiri   Zaman Kemiskinan) Niaga yang melibatkan 7.000 keluarga miskin                         [ 2 m ]
                                                              
S7.  pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas.                      [2 m]
S8.  penduduk miskin di bandar-bandar, kerajaan  melaksanakan program bantuan kebajikan / program   bayaran sewa rumah/ dan rumah kos rendah bernilai antara RM21,500 hingga RM35,000 seunit .
                                                                                 ( mana-mana 2 isi = 2 markah )
S9 Kerajaan juga menyediakan bantuan modal untuk golongan miskin berniaga kecil-kecilan di rumah
     masing-masing.                     [2 m]

S10 .   pihak RISDA berusaha meningkatkan pendapatan pekebun getah melalui pewujudan pelan    pelaksanaan  pembangunan keusahawanan pekebun kecil secara terancang / sistematik /dan terselaras
[ mana-mana 2 isi =2 m]

S11. mengadakan rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negara. [2 m]

Isi tersirat (implikasi kepada rakyat negara ini)

T1.   Golongan miskin/ miskin tegar  semakin berkurangan                                                                 [2 m]
T2.   Taraf hidup rakyat luar bandar meningkat                                                                                              [2 m]
T3.   Semua rakyat mampu memiliki rumah sendiri/kawasan pertempatan setinggan dihapuskan             [2 m]
T4.   Taraf pelajaran rakyat luar bandar meningkat                                                   [2 m]
T5.   Jurang sosial antara  strata masyarakat semakin mengecil                                                 [2 m]
T6.  Kemudahan-kemudahan asas dapat dinikmati oleh golongan miskin                                [2 m ]

Kesimpulan

Kesimpulannya, golongan miskin dan susah perlulah berusaha untuk melepaskan diri dari garis kemiskinan dengan penuh komitmen agar harapan negara menyifarkan kemiskinan tercapai    .                             [2 m]


Soalan 2
Markah penuh 35 dibahagikan kepada
Soalan 2 (a)         : 9 markah
Soalan 2 (b)        : 9 markah
Soalan 2 (c)         : 8 markah
Soalan 2 (d)        : 9 markah

Perhatian kepada Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)

  1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri
  2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna
  3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50 %) daripada markah yang diperuntukan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1.Soalan 2 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis
2
-Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup
1
-Jawapan tidak tepat / salah
0

2.Soalan 3 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
3
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2

-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0

3.Soalan 4 markah
DESKRIPSI
MARKAH
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
4
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
3
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
2
-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis
0


Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
B) Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
       i.            Berikan maksud kata projek agropolitan.     
1.    Usaha mewujudkan bandar pertanian yang masih berciri     desa/kawasan pertanian (2 markah )  

2.    Usaha yang dilaksanakan bagi menukar kawasan pertanian
menjadi bandar pertanian yang masih kekal unsur-unsur desanya.               ( 2 markah )
                                                                                                           

    ii.            Apakah kesan-kesan positif  yang dihasilkan oleh program pembasmian kemiskinan kepada negara?
P1 mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.            
                P2 menarik lebih ramai pelabur asing melabur  di negara ini.
                P3 lebih banyak program pembangunan dapat dilaksanakan
                P4 berjaya mengubah senario sosioekonomi negara .
                             [3 isi =3 markah]

 iii.            Pada pendapat anda , apakah punca-punca masih berlaku kemiskinan dalam kalangan masyarakat di negara ini?

P1 Golongan miskin terlalu bergantung pada bantuan kerajaan dan badan-badan sukarela
P2 Masih wujud golongan miskin tegar yang susah untuk diubah cara hidup mereka
P3 Masih terdapat segolongan masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak/
         tidak yakin pelajaran mampu mengubah masa depan mereka. 
P4 Tidak mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
         mencari pekerjaan yang lebih tinggi pendapatannya.
P5 Menganggap kehidupan mereka yang miskin ialah takdir tuhan yang tidak boleh diubah
                           
                                                                                                               [ 2 ISI =4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

          Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milik Firdaus Frank, anak buah Frank Swettenham. Wah wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk sembilan bulan tiga hari, suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum pa lahir. Wah memang cekal. Persis Siti Maryamkah atau Siti Hajar?

          Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. Mikraj mengusik Wah, Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata, Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj senyum, Wah ketawa tetapi ketawa Wah Cuma tiga dekah. Kata Wah jika ketawa lebih-lebih gelap hati jadinya. Intim sungguh mereka berdua. Israk mengintai dari jendela. Perasaan cemburu tidak berputik sekelumit pun dalam dirinya.

           “Siapa tu, Wah?” tuding Mikraj ke arah insan yang melintasi mereka.
           “Man Bujal. Kawan kamu masa kamu berhingus dulu. Sekarang dia udah jadi doktor.”
            Mikraj menjadi hairan bin ajaib. “Doktor kurus melidi?”
           “Doktor kepada dirinya sendiri,” jelas Wah sambil tersenyum lalu ternampaklah seribu kedutan pada durja rahsia Wah.
            “Itulah orang sini! Impian terkubur, cari jalan belakang!” sampuk Israk dari atas.
            “Abang, kawal mulut abang, tu!”
            “Sudah, buat apa cari gaduh. Tak baik,” pujuk Wah.
            “Sikap abang melampau, Wah.”
(Dipetik daripada ‘Israk’ oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Berikan maksud rangkai kata berputik sekelumit pun
1.   Timbul sedikit pun                 [ 2 markah ]   atau
2.   Muncul sedikit pun                        [2 markah]      atau
3.   Ada sedikit pun                       [ 1 markah ]

(ii)Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh menceriakan kehidupan  warga emas?
( 3 markah )
                Cara untuk menceriakan kehidupan  warga emas ialah
P1 sering berbual-bual tentang  perkara yang disukainya.
P2 Menemaninya bersiar-siar.
P3 Membelikan hadiah yang disukai.
P4 sering mengunjungi  mereka
P5 sering bertanya khabar melalui telefon/internet
P6 berbuat baik dengan jiran-jiran dan ahli keluarga warga emas yang lain.
-       
(Isi cukup 2= 3 markah )
    
(i)  Satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah

P1  Ketabahan seorang wanita menjalani hidup dari muda sehingga tua seorang diri.
      Wah tabah menjalani hidup sendirian setelah kematian suami Firdaus Frank sebelum “pa”   dilahirkan.

P2  hubungan kekeluargaan yang mesra antara nenek dengan cucu
      Wah mengacan Mikraj yang sedang mengelamun lalu Mikraj mengusik Wah, Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata, Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj senyum,
      Wah ketawa tetapi ketawa Wah cuma tiga dekah.

Ikut deskripsi : 2 markah

Satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut ialah
P1 Sikap adik-beradik yang tidak sehaluan,
     Israk& Mikraj tidak pernah sependapat menyebabkan mereka asyik
     bertengkar.
-      P2 Pengalaman dapat menukar sikap seseorang,
     Israk akhirnya menyukai hidup di kampung dengan memakan
     jering & tempoyak disebabkan   layanan Wah yang begitu baik
     terhadapnya.

-      P3 Merapatkan hubungan yang terputus,
     contohnya Adam membawa anak-anaknya ke kampung supaya ikatan kekeluargaan terjalin semula. 

Ikut deskripsi : 2 markah
[ 4 markah ]


Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, "Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu."
          Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya "Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada guna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku."

(Dipetik daripada Prosa Tradisional “Merah Silu” oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)         Berikan maksud rangkai kata Sampailah khabar   ?       
             Maksud rangkai kata “ sampailah khabar” ialah
                                                             i.      telah diketahui
                                                          ii.      mendapat maklumat
                                      [2 markah]
(ii)                       Apakah amaran yang mahu disampaikan oleh Merah Hasum kepada Merah Silu melalui hambanya?  
       
P1 Tiada faedah bermain dengan binatang yang tidak berguna kepada
      manusia.
P2 Merah Silu memberi malu kepada Merah Hasum
P3 Jika nasihatnya tidak dipeduli, keluarlah dari negeri itu.
P4 Merah Hasum tidak mahu lagi  tinggal bersama-sama dengan
     Merah Silu lagi.
                           
                                                                                                               [3 markah]
(iii)                    Jika anda sebagai Merah Hasum, bagaimanakah anda hendak
        membetulkan tingkah laku Merah Silu?

Sebagai Merah Hasum saya akan;
P1 Sentiasa menunjukkan teladan yang baik
P2 Mengajar / mendidik Merah Silu tentang tatasusila/adab keluarga
      raja agar dihormati rakyat
P3 Mendenda Merah Silu dengan kerja-kerja kebajikan
P4 Mencadangkan satu bentuk perniagaan ternakan kepada Merah Silu
      untuk diusahakan
P5 memberi jawatan pentadbiran yang penting kepada Merah Silu yang
     menyebabkan dia kekurangan masa untuk membuat kerja tidak berfaedah

                              [3 markah]

Soalan 2( d) Petikan Puisi
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut  dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR MAKNA RIAK
Rangkap 1                   Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Rangkap 2                   Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Rangkap 3                   Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Rangkap 4                   Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjami,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu,

Rangkap 5                   Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Rangkap 6                   Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Rangkap 7                   Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Rangkap 8                   Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

Puisi MelayuTradisional,1993,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

       i.            Apakah maksud frasa Riak demikian menjadi balak pada Rangkap 8 ?
-Sikap suka menunjuk-nunjuk yang begitu membawa keburukan/bencana/kemudaratan
(2 markah)


    ii.            Pada pendapat anda bagaimanakah seseorang itu dapat menerapkan sifat rendah diri dalam diri?
P1 Sentiasa ingat ada orang yang lebih baik daripada kita
P2 Sentiasa ingat akan dosa /perbuatan tidak disukai tuhan akan dibalas oleh tuhan
P3 Sentiasa membuat refleksi/muhasabah tentang kelemahan diri
P4 Sentiasa sedar kejayaan /kedudukan tinggi tidak selama-lamanya kekal dimiliki
           P5 Sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan
           P6  Hidup bersederhana dalam serba serbi

(Isi  3 markah)

 iii.            Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair di atas.
o   P1 Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara/pekerjaan semata-
       mata kerana Allah  SWT/tuhan
o   P2 Kita mesti ikhlas melakukan kebaikan semata-mata kerana
    Allah SWT/tuhan
o   P3 Kita jangan menggunakan agama sebagai landasan untuk
              mencari sanjungan manusia.
o   P4 Kita hendaklah menyembunyikan amal kebaikan daripada
             diketahui manusia agar  tidak ada perasaan riak akan
             kebaikan yang dibuat.
o   P5 Kita jangan mengundang kebencian Allah SWT dengan      
              perbuatan yang melampau        dalam beribadat.
o   P6 Kita jangan menggunakan amalan agama untuk mengejar            
              kedudukan sebagai   pemimpin/kedudukan yang tinggi
             dalam masyarakat



(4 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 © : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1.      Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2.      Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3.      Perkatan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.      Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.      Sengaja menambahkan imbuha, berikan 0 markah.
6.      Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7.      Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8.      Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.      Isi tidak jelas, tolak ½ markah

(a)      Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                   i.            Sesungguhnya
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis setiap hari kesan pemanasan global yang semakin teruk sekarang.

                ii.            Bahawasanya
Bahawasanya pindaaan perlembangaan itu wajar dilakukan pada masa ini demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

             iii.            Sewajarnya
Hal itu sewajarnya dibincang terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan .

             iv.            Nampaknya
Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat

                v.            Lajunya
Lajunya kereta yang dipandu di lebuh raya ialah 110 kilometer sejam sahaja.

             vi.            Datangnya
Datangnya secara mendadak mengejutkan kami sekeluarga kerana menyangka bahawa dia tidak akan datang dalam jangka masa terdekat ini.
                                                                                                          [6 markah]
(b)        Baca dengan teliti dan kenal pasti perkataan-perkataan  yang bergaris sama ada terdiri  
            daripada klausa atau  frasa .

(i)             Kamu mesti lompat pagar itu dahulu untuk mengambil buah yang gugur.
KLAUSA

(ii)         Pada cuti sekolah yang lalu keluarga saya pergi melancong ke Pulau langkawi.
FRASA

(iii)      Mihun goreng  merupakan makanan kegemaran saya.
FRASA

(iv)       Ayah di Kuala Lumpur  sejak minggu lepas.
KLAUSA

(v)          Kakak dan abang akan melanjutkan pelajaran pada bulan September ini.
FRASA

(vi)       Lawatan sambil belajar  ke Indonesia /mendapat sambutan baik /daripada para pelajar.
                FRASA
                                                                                                          [6 markah]


  ( c.)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
( i )       Kesah itu memberikan pedoman kepada pembaca agar memikirkan rasional dan tidak mengikutkan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan.
           Kesah    -  Kisah
           memikirkan - berfikiran

( ii ) Aktiviti senaman masih dilakukan pada bulan Ramadhan ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.
        Ramadhan – Ramadan
            menjalankan - menjalani

( iii )        Cendikiawan dari seluruh negara Asean berkumpul di Malaysia untuk bincang masalah pencemaran alam pada hari ini.
        Cendikiawan - Cendekiawan
             bincang   -  membincangkan
        Asean       - ASEAN
            ( MANA-MANA DUA )
[ 6 markah ]

   ( d.)   Dalam ayat-ayat di bawah terdapat  satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)         Air dalam balang ikan itu kelihatan kabur kerana sudah dua minggu tidak     dibersihkan.
           dalam  - di dalam
           kabur    -  keruh
         
(ii)    Pemeriksaan terhadap kenderaan awam dilakukan oleh pihak berkuasa dari           masa ke  
             semasa untuk mengelakkan bencana yang melibatkan para    penumpang.
             Dari masa ke semasa  - dari masa ke masa
              Bencana     - kemalangan

(iii)       Sebahagian besar kes-kes pengedaran minyak masak ke negara jiran dapat           diatasi        dengan kerjasama antara penduduk tempatan dengan pihak berkuasa.
                   Sebahagian besar kes-kes – Sebahagian besar kes
                  pengedaran    - penyeludupan

[ 6 markah ]

(e)        Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.
      i.            Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Aidil terlibat dalam kecelakaan jalan        raya kerana kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan.
malang tidak berbau
           
  ii.            Prestasi kerja Salim sangat lemah kerana dia hanya akan melakukan sesuatu kerja apabila di arahkan oleh majikannya.
               seperti pahat dengan penukul

iii.            Suzana tidak lagi diterima oleh keluarga Rizal kerana sikapnya sombong dan suka menunjuk-nunjuk kekayaannya. Rizal tidak lagi menemuinya atau   menjemputnya ke rumah tetapi Suzana tidak malu, dia masih datang ke rumah Rizal walaupun tidak dijemput.
               hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
                                                                                                                                [ 6  markah]

Panduan Pemarkahan novel.

Bagi 4 (a)

Markah isi = 4
Markah bahasa = 3

Bagi 4 (b)

Markah isi       = 6
Markah bahasa=2

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)              Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii)           Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii)        Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)         Renyah karya Gunawan Mahmood
(v)            Konserto Terakhir  karya Abdullah Hussain
(vi)         Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii)      Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii)   Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a)                        Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam novel tersebut. 




  
Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel.
               NOVEL : MELUNAS RINDU
1.  Nilai kasih sayang.
Mariana sangat menyayangi Abdul Halim, iaitu anaknya yang dilarikan oleh Ah Sok dan selalu merinduinya.
2.    Nilai tanggungjawab.
Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru dengan penuh dedikasi walaupun dia hanya guru sandaran
3.    Nilai rasional.
Fuad menerima dengan reda ketentuan Allah bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri.
4.    Nilai keberanian.
Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.








               NOVEL: KABUS DI PERBUKITAN
1.   Nilai Kasih sayang.
Hamidah menjaga Rahayu di hospital dan menyayangi Rahayu walaupun Rahayu anak tirinya.
2.   Nilai tanggungjawab.
Mejar (B) Kamarudin berusaha mencari anaknya Faridah yang hilang, walaupun pihak berkuasa telah menghentikan operasi mencari Faridah.

3.   Nilai ketabahan.
Faridah tabah meneruskan kehidupan setelah kematian kembarnya, diikuti kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
4.   Nilai kegigihan
Faridah gigih menjalani  kehidupan di rantau orang selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnson.
5.   Nilai Keberanian
Melina berani memandu seorang diri dari Marang, Kuala Terengganu ke Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

                                                            [ 7 markah ]

(b)                        Jelaskan tiga peristiwa menarik  di bahagian peleraian jalan cerita berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.   


Novel Melunas Rindu

1.    Fuad mengadakan kenduri kesyukuran di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah, ibunya, Mariana, Farhana dan 4 orang adik lelakinya hadir bersama-sama. Kenduri kesyukuran kerana dia sudah bertemu dengan ibu kandungnya , Mariana.

2.    Fuad dan Farhana berpimpin tangan ketika sampai di sekolah SM Seri Setia sehingga    Cikgu Abas menyangka mereka sudah berkahwin tetapi amat terkejut apabila diberitahu tentang hubungan Fuad dan Farhana sebagai adik-beradik seibu lalu berjanji akan memberitahu semua warga SM Seri Setia tentang hal tersebut.

3.    Fuad mendapat tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras.

4.    Cikgu Zamani yang sering tidak masuk mengajar di dalam kelas dan bertengkar dengan Farhana akan bertukar ke negeri asalnya.

5.    Robert Lim datang ke KLIA untuk bertemu Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

6.    Mariana terkejut dengan kehadiran Robert Lim di KLIA tetapi kedua-duanya tidak bercakap antara satu sama lain.

7.    Robert Lim memberitahu Fuad supaya berangkat dahulu dan dia mungkin akan menyusul mereka kemudian.


NOVEL KABUS DI PERBUKITAN  

a.     Anne  melahirkan dua orang  anak kembar iaitu Rahayu dan Mellinda
Salah seorang anak kembarnya diberi nama Rahayu atas permintaan Faridah

b.    Mellina melahirkan pewaris syarikat Jaafar Al-Anbiya iaitu Said Al anbiya di Dubai.

c.     Faridah terus menetap di Malaysia demi mengekalkan jati diri cucu-cucunya terhadap tanah tumpah darahnya.

d.    Faridah sentiasa berhubung dengan anak-anaknya melalui kepesatan teknologi kerana tidak mahu keturunannya melupakan jati diri Melayu mereka.

e.     Datuk Azrul dan Soleh Johnsons berjaya membuka kawasan agropelancongan yang kekal keindahan alam semula jadinya di Tanah Tinggi Loging dengan memajak tanah seluas 500 hektar

f.      Hubungan Datin Aishah (ibu Zain/ibu mentua Anne) dengan Faridah semakin akrab –mereka sering bertukar-tukar juadah makanan.

g.     Kejayaan Datuk Azrul dan Soleh Johnsons memajukan konsep agropelancongan mendapat liputan luas dari sebuah majalah pelancongan Eropah

h.    Benny membantu promosi kawasan agropelancongan tersebut dengan membuka pejabat urusan di Dubai bagi memudahkan warga Arab membuat tempahan penginapan. 

i.       Faridah mencadangkan Bukit Kutu dimajukan sebagai pusat pelancongan tetapi terpaksa dilupakan kerana Bukit Kutu ialah Hutan Rizab  bagi hidupan liar oleh parlimen.

j.       Faridah bersyukur dapat kembali menetap di Malaysia untuk membina semula jati diri Melayu dan bertekad mewariskan jati diri tersebut ke dalam diri susur galur keturunannya.

                                                                                                  
 [ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT




No comments:

Post a Comment