SSI PERKASA

SSI  PERKASA

Saturday, April 16, 2011

LANCAR KAJI KERANA DIULANG


BINA AYAT

KATA DASAR= JAJAR membawa maksud banjar, deret atau baris

i.. sejajar = terletak sebaris, sederet,sebanjar,setaraf, selari
a. sebaris
Kedudukan kereta saya sejajar dengan kereta Cikgu Leha.

b. setaraf
Status negara kita sejajar dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang teknologi
maklumat.

c. selari/searah
Tiga garisan itu mesti sejajar di antara satu sama lain.

iii. menyejajarkan = membuat supaya sebaris, meyamakan kedudukan

a. membuat supaya sebaris,
Pengawas-pengawas sedang menyejajarkan barisan pelajar di sepanjang jalan masuk ke
sekolah.

b.menyamakan kedudukan/menyetarafkan
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha gigih menyejajarkan sekolah-sekolah di negara
ini dengan negara-negara maju nyang lain.

iv. kesejajaran = perihal sejajar
a. Seorang pelajar dianggap berjaya apabila ada kesejajaran antara pencapaian akademik
dengan penghayatan agama yang mantap.

v. penyejajaran= persamaan taraf, perselarian
a. persamaan taraf
Penyejajaran dalam masyarakat di negara ini sering dibincangkan oleh para cendekiawan.

b. perselarian/persamaan arah dan jarak di antaranya
Penyejajaran rumah-rumah di bandar itu telah dirancang dengan baik oleh arkitek
lulusan Universiti Teknologi Malaysia.

vi. menjajarkan= mengatur supaya berjajar, berderet, berbaris, menjadi selaras/menyamakan
kedudukan
a. Guru disiplin sedang menjajarkan pelajar-pelajar di kantin sekolah.

vii. jajaran= deretan, barisan, banjaran

a. Jajaran rak-rak buku di perpustakaan disusun oleh perpustakawan sekolah.
b. Semenanjung Malaysia ditulangi oleh jajaran banjaran yang membanjar dari utara ke
selatan .

viii. penjajaran= perihal menjajar
a. Kerja-kerja penjajaran tiang-tiang pengukur dilakukan oleh pasukan arkeologi dari
muzium nageri.

LATIHAN KENDIRI-PERIBAHASA

PERIBAHASA

A. LATIHAN MEMBINA AYAT DENGAN
PERIBAHASA

Ayat atau kelompok kata yang mengandungi susunan tetap dan pengertian tertentu

Bina ayat menggunakan peribahasa.

1. selembap-lembap puntung di dapur di tiup menyala juga
- sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga.

Contoh ayat:
Ali tetap dapat menyiapkan sebuah kertas projek tentang pencemaran di negara ini kerana komitmen dan kesungguhannya menjalankan penyelidikan tersebut umpama peribahasa selembap-lembap puntung di dapur ditiup menyala juga

2. kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
- lebih mementingkan kerja orang lain daripada kerja sendiri

Contoh ayat:
“Lebih baik kamu siapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru daripada asyik menolong kawan kamu itu menyiapkan kerja rumahnya ,jangan sampai kerja raja dijunjung kerja sendiri dikelek,” leter ibu kepada Krishnan.

3. dijunjung merekah kepala,dipikul meruntuh bahu
- hukuman, peraturan,perintah yang sangat berat dan keras.

Contoh ayat:
Hukuman lucut jawatan ketua kelas yang dikenakan ke atas Halim kerana merosakkan komputer sekolah dirasanya bagai dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu kerana melibatkan maruah dirinya.

B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN RANGKAI
KATA

Cari makna rankai kata terlebih dahulu

1. kecut hati: takut, gerun, gentar
Contoh ayat: Kecut hati Lam Ting apabila melihat kemunculan guru displin di hadapan kelas.

2. hati kaudu: hati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang/ hati iri/hati tamak/hati dengki/hati busuk/hati sakit

Contoh ayat: Jangan ada sedikitpun hati kadau dalam diri kita jika mahu perpaduan kekal dalam masyarakat negara kita.

3. dapat terpijak: memperoleh sesuatu dengan mudah atau dengan tidak perlu berusaha

Contoh ayat: Keadaan hidup Melati yang dapat memenuhi semua kehendak hati setelah berkahwin dengan Amir yang kaya raya itu boleh diumpamakan seperti peribahasa dapat terpijak.

4. laut lepas: laut yang terbentang luas
Contoh ayat: Fuad merenung laut lepas di hadapannya dengan perasaan sayu.

B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERIBAHASA

1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan makna peribahasa tersebut

1. 1.Adu tenaga-
mempertandingkan kekuatan
Contoh Ayat: "Adu tenaga kamu di gelanggang jika mahu menguji kehandalan!" Tok Wali
memberi amaran keras kepada ahli-ahli silat itu.
2. 2.Adu nasib -
mencuba untung
Contoh ayat: Demi masa depan yang gemilang, akan saya adu nasib dalam bidang perniagaan
herba.

3. 3.Alah sabung menang sorak-
biarpun kalah namun masih cakap besar
Contoh ayat: Sikap pasukan ragbi itu tidak disenangi oleh jurulatihnya kerana masih lagi
bercakap besar walupun sudah tewas umpama peribahasa alah sabung menang
sorak.
4. 4.Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga perginya
Orang dagang, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri.
Contoh ayat: Abu Bakar seorang ahli perniagaan yang berjaya di Brunei tetapi dia umpama
ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga
perginya kerana dia tetap rindu akan kampung halamannya di Kota Bahru
( AYAM BEROGA= AYAM HUTAN )
5. 5.Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.
Contoh ayat: Walaupun negara ini kaya dengan pelbagai hasil bumi, namun kita akan menjadi
seperti ayam bertelur di atas padi mati kelaparan jika kita malas berusaha dan
belajar bersungguh-sungguh, kita pasti akan hidup susah.


2.
BIL
PERIBAHASA
MAKSUD
BERANI

1.
Berani lalat
Berani di belakang lawan (kalau berhadapan ,takut)
2.
Berani malu, takut mati
Pengecut
3.
Berani pegang berani tanggung
Tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan
4.
Berani udang
Tidak tetap hati



BESI

1.
Besi baik tiada berkarat
Perbuatan baik tetap terpuji selamanya (tidak dilupakan)
2.
Asal besi pengapak kayu,
asal emas menjadi penduk
( nota; penduk ialah salutan emas atau perak pada sarung keris )
Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya.
3.
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
4.
Memegang besi panas
Berbuat sesuatu pekerjaan yang tidak tetap ( dengan perasaan khuatir atau takut)
5.
Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam
Mengerjakan sesuatu bersama-sama

0 comments:

Post a Comment

Thursday, November 25, 2010

NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN- PLOT ( BINAAN PLOT)

PLOT


Plot ialah jalinan cerita atau jalan cerita bagi kisah-kisah yang terdapat dalam novel


Plot terbahagi kepada dua aspek iaitu;

BINAAN PLOT

TEKNIK PLOT

Binaan plot berkembang dengan pelbagai teknik plot dari pemulaan cerita hingga peleraian cerita


A. BINAAN PLOT

Kebiasaannya terdapat 5 peringkat dalam binaan plot

Permulaan/pengenalan

Perkembangan

Perumitan

Puncak

Peleraian

Konsep ( 5P)


1. Perkembangan/pengenalan

Peristiwa-peristiwa penting dalam permulaan

i. Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi

ii. Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia

iii. Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.

iv. Mereka kemudian ke perpustakaan .

v. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan

vi. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.

vii. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.

Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..


2. PERKEMBANGAN

1. Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak.

2. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah

3. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun

4. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser

5. Keadaan Rahayu semakin serius .

6. Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu

7. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu

8. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and collector

9. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi

10. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.

11. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser

12. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur

13. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan

14. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung,

15. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .

16. Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .

17. Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.

18. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.

19. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )

20. Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.

21. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.

22. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.

23. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.

24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.

25. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.

26. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan

27. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu,

28. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.

29. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu.

30. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.

31. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.

32. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai

33. Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.

34. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar

35. Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.

36. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.

37. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul

38. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .

39. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.

40. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.

41. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands.

42. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.

43. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.

44. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

1. PERUMITAN

1. Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.

2. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.

3. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam.

4. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.

5. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.

6. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.

7. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah.

8. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan.

9. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman

10. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru.

11. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

2. PUNCAK

a. FARIDAH , SOLEH JOHNSONS DAN ANNE PULANG BERCUTI DI MALAYSIA UNTUK MELAWAT MELINA DAN MEMBINCANGKAN PERKAHWINAN ANNE DENGAN ZAIN. KEPULANGAN FARIDAH TELAH MEMPERTEMUKAN SEMULA FARIDAH DENGAN AZRUL DAN KERINDUAN FARIDAH TERHADAP KAMPUNG HALAMANNYA SUNGAI BESAR SEMAKIN MENDALAM.

b. MUHAMMAD ATTAR DITANGKAP OLEH PIHAK INTERPOL KERANA CUBAAN MELETUPKAN SEBUAH KASINO DI PULAU SENTOSA. PADA MASA YANG SAMA MELINA MELAPORKAN KEHILANGAN BENNY KEPADA PIHAK POLIS DI MARANG, TERENGGANU

C.PERKAHWINAN ZAIN DAN ANNE YANG MELAKAR SEJARAH DUA BUAH NEGARA.TETAMU PELBAGAI BANGASA DARI LUAR NEGARA HADIR.HOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH REHAT, CALET SEKITAR TELUK INTAN, SABAK BERNAM DAN SUNGAI BESAR HABIS DITEMPAH. PERKAHWINAN MENDAPAT LIPUTAN SEBUAH STESEN TELEVISYEN.....

“PERKAHWINAN DUA NEGARA.”

FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA.

d.SOLEH DAN MELINA KE DUBAI UNTUK BERTEMU BENNY SETELAH DIHUBUNGI OLEH KELUARGA JAAFAR AL ANBIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA BENNY KELUAR DARI MALAYSIA SECARA RAHSIA. BENNY TIDAK BOLEH MENINGGALKAN DUBAI KERANA TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI OLEH AMERIKA SYARIKAT.

MELINA MENETAP DI DUBAI BERSAMA-SAMA BENNY


3. PELERAIAN

2. Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan

3. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .

4. Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.

5. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.

6. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.

7. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.

8. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai

9. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.

10. Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)

11. Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur

12. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.

13. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

3.